KANDUNGAN
HALAMAN
__________________________________________________________________
1.0
Laporan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
1.1
Pendahuluan
1.2
Program Rancangan Makanan Tambahan(RMT)
1.3
Carta Organisasi
1.4
Visi Dan Misi, Matlamat Dan Objektif
1.5
Pelaksanaan,Tindakan Dan Pemantauan yang
Dijalankan
1.6
Kesan Program RMT Kepada Murid
1.7
Hal-hal Lain
2.0
Laporan Program Susu Sekolah (PSS)
2.1
Program Susu Sekolah Sihat
2.2
Carta Organisasi
2.3
Visi Dan Misi, Matlamat Dan Objektif
2.4
Pelaksanaan,Tindakan Dan Pemantauan yang
Dijalankan
2.5
Kesan Program PSS Kepada Murid
2.6
Penutup
1. LAPORAN
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
1.0 PENDAHULUAN
Program
Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) telah ditubuhkan dengan kerjasama kementerian
Kesihatan Malaysia(KKM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Program
ini adalah bertujuan untuk menyatupadukan
dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah ke arah
melahirkan murid-murid sekolah yang sihat dan dapat mengesan penyakit yang
dihadapi oleh kanak-kanak pada peringkat awal. Program PBSS ini juga diharapkan
dapat melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah dan
program ini diharapkan dapat meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan
antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan.Program Bersepadu
Sekolah Sihat (PBSS) ini adalah satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah
amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan
bersepadu. Oleh itu PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap
sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan
rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti serta sejajar dengan matlamat dan Falsafah
Pendidikan Negara yang ingin menjadikan masyarakt yang seimbang dari segi jasmani,emosil,mental
dan rohani. Program ini juga adalah untuk menjadikan sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat
dan berkualiti kearah negara berwawasan dan maju.
1.1 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Program
Rancangan Makanan Tambahan diadakan bertujuan untuk memberi makanan yang
berkhasiat kepada murid sekolah rendah
daripada kalangan keluarga yang miskin. RMT adalah memperuntukan sebanyak 25%
hingga 30% daripada keperluan makanan
harian yang diperlukan. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan
selaras dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk memberi faedah dan kesihatan
kepada murid-murid yang terlibat.RMT yang dijalankan dibawah Rancangan
Bersepadu Sekolah Sihat adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap
pemakanan dan kesihatan murid-murid terutama kanak-kanak yang terdiri daripada
keluarga yang berpendapatan rendah.
Murid-murid
yang dipilih untuk menyertai program ini adalah murid-murid yang telah
dikenalpasti berkelayakan seperti mestilah
berstatus warganegara Malaysia dan daripadakeluarga berpendapatan di bawah
paras RM400.00 atau pendapatan per kapitaRM 80.00 adalah layak untuk menyertai
program ini. Kemudian program ini di sekolah dibawah pengurusan guru RMT dan
Penolong Kanak Hal Ehwal Murid.
MATLAMAT
RMT
ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahankepada murid-murid
sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golonganberpendapatan
rendah, secara imbuhan dan buat sementara waktu, memperbaikikesihatan sebagai
satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
OBJAKTIF
Antara
Objektif utama Rancangan Makanan Tambahan ini adalah untuk :
·
Menyediakan makanan tambahan yang berzat
dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan untuk mengatasi masalah dari
segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
·
Menyelenggarakan pendidikan kesihatan
dan pemakanan secara tidak langsung.
·
Menggalakkan penglibatan dan pernyataan
masyarakat dalam usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT.
·
Mengendalikan tabiat-tabiat
bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta amalan-amalan yang diinginkan berkaitan
dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar.
·
Memberi makanan tambahan kepada murid- murid
sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah
secara imbuhan.
·
Memberi makanan tambahan kepada murid-
murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan
rendah secara imbuhan dan sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan
sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
1.5.1
PELAKSANAAN,TINDAKAN
DAN PENILAIAN YANG DIJALANKAN
Rancangan
Makanan Tambahan yang telah dilaksanakan di sekolah adalah satu usaha yang baik
kearah mengurangkan masalah pelajar yang tidak mempunyai sumber makanan yang
seimbang.Biasanya pihak RMT sekolah akan menyediakan menu makanan yang mampu
menambahkan zat dan makanan seimbang kepada murid-murid yang terlibat.Pada
peringkat awal pemilihan menu yang telah ditetapkan oleh kementerian iaitu
sebanyak 20 menu yang berkhasiat dan
sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatan mereka. Pengusaha kantin
perlu menyediakan lima menu makanan sehari yang disenaraikan oleh pihak sekolah
mengikut makanan yangdigemari oleh murid-murid dan dimasak secara
bergilir-gilir daripada 20 menu yangditentukan.
Contoh
salah satu menu yang disediakan
JADUAL MENU MAKANAN RMT
HARI
|
MENU
MAKANAN
|
ISNIN
|
1. Bubur nasi
2. Minuman – milo
3. Buah – pisang
|
SELASA
|
1. Mee goreng dengan sayur dan ayam
2. Minuman – milo
3. Buah – betik
|
RABU
|
1. Roti- 2 keping + jem
2. Minuman – milo
3. Buah - tembikai
|
KHAMIS
|
1. Nasi + ayam masak kicap + sayur
2. Minuman – jus oren
3. Buah - Epal
|
JUMAAT
|
1. Nasi kuning + telur + sayur
2. Minuman – milo
3. Buah - Oren
|
Makanan yang
dibekalkan mengandungi tenaga dan zat makanan(nutrient) dan komponen-komponen
lain yang memberi kesan kepada kesihatan murid-murid.Zat-zat ini penting bagi
perkembangan otak dan tumbesar kanak-kanak dalam usia yang tertentu.Karbohidrat
,lemak dan protein adalah zat yang membekalkan zat dan tenaga.
Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan RMT mampu
memenuhi matlamat dalam memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang
dan keupayaan untuk mencapai kecemerlangan dan aktiviti kokurikulum.Pihak
sekolah memainkan peranan dalam melaksankan program RMT untuk memupuk amalan
pemakanan yang sihat antara murid –murid
Pihak pengusaha RMT oleh sekolah hendaklah
mematuhi semula syarat-syarat penyediaan makanan yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dan di pantau oleh ahli jawantankuasa RMT
sekolah.Pemantauan yang dibuat adalah untuk memastikan kebersihan dalam proses
penyedian dan pengendalian pemberian makanan,mementingkan kebersihan makan dan
mengawasi segala peraturan kebersihan terutama semasa menyediakan dan
menghidangkan makanan untuk mengelakkan keracunan makanan dan penyakit berjangkit.
Antara kaedah yang digunakan untuk memantau
keberkesanan RMT di sekolah adalah
·
Melalui
Rekod Rancangan Makanan Tambahan
·
Laporan
bulanan
·
Rekod BML
murid untuk memastikan berat badan murid bertambah
Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang merupakan aspek yang
penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Murid sekolah rendah
merupakan golongan yang berada di zaman kanak-kanak dan pemakanan yang betul
semasa kanak-kanak boleh membentuk satu pola pemakanan yang sihat sepanjang
hayat seseorang. Usaha mendidik pada peringkat awal berkenaan pemakanan yang
sihatakan membantu kanak-kanak bijak membuat pemilihan makanan dari segi
kualiti dan kuantiti yang patut diambil seterusnya menghalang pelbagai penyakit
seperti diabetes, darah tinggi, lemah jantung atau pertambahan berat badan
(Edge, 1976).
Para guru boleh membentuk pola
pemakanan yang wajar dan melatih tabiat makan yang betul dengan menyediakan
persekitaran yang kondusif dan memupuk adab makan yang betul hingga mampu mendorong
murid menikmati hidangan dengan selesa dan menyeronokkan. Persekitaran fizikal
ruang makan, kebersihan dan keceriaan ruang makan perlu dikekalkan agar tabiat
makan yang sihat dapat diterap dalam diri murid. Contohnya, tabiat makan yang
baik boleh dibentuk dengan mengamalkan adab makan yang betul. Guru memainkan
peranan yang penting dalam membentuk adab makan murid, oleh itu, guru mesti
makan bersama-sama murid dan berinteraksi dengan mereka sewaktu makan.
Memandangkan masa yang ada amat bernilai maka peluang tersebut boleh digunakan
oleh guru untuk memberi penerangan tentang makanan, adab dan tabiat makan.
1.6
Kesan RMT
Terhadap Pendidikan Di Sekolah.
Program
RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka
yang terlibat dalam program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan
makanan dan amalan pemakanan.Murid-murid akan didedahkan dengan kepentingan
menjaga kebersihan makanan .Guru akan sentiasa mengawas segala peraturan kebersihan terutama
sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk
mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit.
Selain itu,Program RMT yang dijalankan di sekolah
telah memberi kesan yang positif terhadap berkembangan fizikal dan mental
murid.Murid –murid mendapat nutrisi yang seimbang dalam pemakanan mereka dan
dapat memberi satu gambaran bahawa pengambilan pemakanan yang seimbang yang
konsisten dapat membantu daya tumpuan murid semasa di dalam kelas.Amalan
pemakanan yang baik telah mempengaruhi daya penumpuan murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran kerana pemakan memberi kesan keatas fizikal dan
mental murid.Murid dapat memberi tumpuan semasa didalam kelas dan tahap
kefahaman mereka akan meningkat dan memberi kesan peningkatan prestasi mereka
dalam pelajaran meraka.
Program RMT juga mampu memberi kesedaran dan
memupuk nilai-nilai murni dalam pemakanan mereka.Murid-murid akan didedahkan
dan diajar tentang cara-cara dan adab
makan dengan baik.Murid akan diajar cara makan dengan baik iaitu bermula
daripada membasuh tangan hinggalah keakhirnya.Hal ini akan mempu memberi kesan
mental dan rohani dalam adab-adab pengambilan makanan murid.Murid akan sentiasa
mengamalkan tatacara makan yang sopan.Murid akan didedahkan dengan cara-cara
makan yang betul seperti membaca doa sebelum dan selepas makan,makan dengan
tangan kanan,makan dengan beradab sopan dan sebagainya.
1.7 HAL-HAL YANG BERKAITAN TENTANG
PENAMBAHBAIKAN RMT DI SEKOLAH
Penambahbaikan dalam program RMT
perlulah dipandang serius oleh pihak yang berkaitan.Antaranya ialah
mempelbagaikan menu makanan setiap hari dan setiap semester akan tidak
menimbulkan kebosanan murid untuk menikmati makanan yang sama pada setiap
hari.Hal ini kerana akan mempengaruhi minat dan kandungan vitamin dalam makanan
yang diambil oleh murid.
Pihak sekolah juga perlu memberi ganjaran kepada
murid yang sentiasa hadir mengambil makanan .Hal ini adalah untuk mengelakkan
sikap murid yang bosan dan malu untuk mengambil makanan pada setiap
hari.Guru-guru perlu sentiasa memberi motivasi kepada murid agar mereka
mempunyai kesedaran tentang peluang yang
diperolehi oleh mereka dan tidak semua murid yang memperolehinya.Guru perlu
sentiasa memberi kesedaran tentang kepentingan makanan seimbang yang disediakan
dalam program RMT dan murid perlu merebut peluang agar mereka tidak ketinggalan
dalam mendapatkan menu sihat dan seimbang berbanding dengan murid-murid lain
yang mengambil makanan yang belum tentu kandungan zat dan keseimbangan makanan
yang betul.
Guru-guru juga boleh
memberi ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang
turut boleh dijalankan. Hal ini akan dapat memberi kesedaran kepada
murid-murid RMT dan dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan
seimbang. Program ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang
cergas dan sihat. Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu
makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT.Demontrasii mencuci
tangan dengan cara yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat
mengetahui tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini
akan berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh
badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi mencuci tangan sebulan
sekali.
Guru-guru juga akan memberi
penerangan tentang kepentingan pengambilan sarapan turut boleh disampaikan
kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Murid-murid dapat mengetahui
tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada waktu pagi. Ini
akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika belajar.
Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh
dijalankan oleh guru-guru RMT.Penerapan tentang pentingnya memakan
sayur-sayuran kepada murid-murid yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat
dalam makanan. Penerapan ini mampu meningkatkan peratus murid untuk makan
sayuran dan menggalakkan murid untuk makan sayur serta menyatakan kebaikan
pengambilan sayuran.
1.8 PENUTUP
Program
Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) ini memberikan peluang kepada murid-murid
sekolah rendah untuk memperolehi sumber pemakanan yang sihat dan seimbang serta
mendapatkan nutrisi yangdiperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya RMT ini
pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal. Dengan program
RMT ini juga mampu memberi kecergasan fizikal dan minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu,
tahap kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan ditingkatkan dan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari
aspek jasmani , emosi, rohani, sosialdan intelek atau JERIS.Selain itu, RMT
juga adalah untuk memberikan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada
murid-murid yang berkenaan.
2.0 PROGRAM
SUSU SEKOLAH
2.1 PENDAHULUAN
Program
Susu Sekolah (PSS) merupakan program yang dijalankan selaras dengan Rancangan
Makanan Tambahan (RMT).Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan
kesihatan dan pemakanan bagi memastikan kanak-kanak sihat dari segi fizikal ,mentel
dan kesihatan umum bertambah baik.Program susu sekolah ini juga merupakan satu
program yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
kerjasama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan
Malaysia.Skim ini melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang
dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran
Malaysia.
2.3 MATLAMAT PROGRAM
Matlamat
program minum susu sihat adalah bertujuan
mengekalkan tahap kesihatan murid dan seterusnya memberi pendedahan
kepada murid tentang pentingnya mengambil keperluan susu untuk tumbesaran di
peringkat kanak-kanak
OBJEKTIF PROGRAM
Program
ini adalah bertujuan untuk ;
a) Memastikan
murid-murid dapat menerima nutrisi yang secukupnya pada peringkat awal
kanak-kanak.
b) Memastikan
murid sentiasa berada dalam keadaan yang cergas semasa berada di sekolah.
c) Membantu
pertumbuhan dan tumbesaran murid sekolah agar dapat mencapai tahap tumbesaran
yang optimum.
d) Memberi
peluang kepada murid-murid yang tidak mampu untuk membeli susu kotak di kedai
merasai nikmat minum susu.
e) Memberi
pendedahan kepada murid berkenaan dengan kepentingan menjaga kesihatan tubuh
badan.
2.5 PELAKSANAAN,TINDAKAN
YANG DIJALANKAN
Tarikh :
25 September 2014
Hari : Khamis
Masa : 10.30 pagi
:
Program
minum susu sihat ini adalah merupakan
program tahunan di mana semua murid diberi minum susu oleh pihak sekolah.
Pemberian susu ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap murid mendapat
nutrisi yang mencukupi bagi melahirkan murid-murid yang cergas dan cerdas dari
aspek jasmani dan emosi. Pengambilan susu yang kaya dengan nutrisi kalsium
dapat membina pertumbuhan tulang dan tumbesaran tulang. Dengan itu, ia akan
dapat meningkatkan saiz tinggi badan murid untuk mencapai tahap ketinggian yang
optimum sebagai orang asia. Ini dapat mengelakkan murid mengalami masalah
pertumbuhan tinggi mereka.
Seperti
yang diketahui, saiz tubuh badan adalah sangat penting bagi membolehkan setiap
murid menjadi aktif dalam sesuatu bidang sukan. Ini kerana, untuk menjadi atlet
yang mampu pergi lebih jauh dalam bidang sukan memerlukan saiz fizikal seorang
atlet iaitu tinggi dan berotot. Untuk mencapai matlamat tersebut, program susu
ini dapat membantu murid untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Disamping itu, program susu ini dapat memberi murid kecergasan tubuh badan
untuk mengikuti kelas dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Apabila murid menjadi cergas dan cerdas, ia dapat membantu murid dengan
memudahkan lagi murid untuk faham dan melakukan aktiviti yang dijalankan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun di luar bilik darjah.
Justeru
itu, program susu sekolah sangatlah dititik beratkan oleh pihak kementerian
pendidikan Malaysia agar terus dilaksanakan di setiap sekolah di Malaysia. Hal
ini disokong dengan penganjuran program minum susu sedunia di mana program ini
dijalankan secara besar-besaran di setiap sekolah rendah di seluruh Malaysia. Program
ini juga dijalankan secara serentak bagi mencapai objektif yang ditetapkan.
Melalui program minum susu ini, beberapa aktiviti yang berkaitan juga boleh
diterapkan secara tidak langsung bagi memberi pendedahan kepada murid-murid
sekolah.
Program
ini dijalankan selepas waktu rehat iaitu dalam lingkungan masa pukul 10.30
pagi. Program dimulakan dengan mengumpul semua murid daripada tahun 1 hingga
tahun 6 di kantin sekolah. Setelah semua murid berkumpul di kantin, guru
bertugas telah memberi sedikit taklimat berkenaan program yang dijalankan.
Antara perkara yang diterangkan semasa memberi taklimat ialah menerangkan
berkenaan program yang dijalankan dan seterusnya memberikan panduan kepada
murid mengenai cara untuk menikmati susu tersebut. Panduan ini adalah bertujuan
untuk memastikan murid mendapat susu yang selamat untuk di minum dan seterusnya
dapat mengelakkan daripada mengalami keracunan makanan.
Selesai
memberi taklimat kepada murid, guru yang bertugas dengan bantuan daripada
beberapa guru lain dan juga pengawas sekolah mengagihkan susu kotak kepada
setiap murid sekolah. Kemudian setelah murid mendapat susu yang diagihkan, guru
yang bertugas menunjukkan langkah-langkah untuk menikmati susu sekolah
tersebut. Murid-murid mengikuti langkah yang diberikan dan seterusnya menikmati
susu kotak yang diberikan. Selepas selesai menikmati susu kotak yang diberikan,
guru yang bertugas menyuruh murid membuang kotak kosong ke dalam tong sampah
yang telah disediakan. Secara tidak langsung murid dapat disemai dengan tingkah
laku yang baik.
Selesai
semua murid menikmati susu yang diberikan, guru yang bertugas mengarahkan semua
murid untuk bergerak masuk ke kelas masing-masing dengan iringan daripada
pengawas sekolah. Alhamdulillah, program minum susu yang dirancangkan berjalan
dengan lancar dan jayanya.
Akhir
sekali, adalah diharapkan semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi
dengan beberapa penambahbaikan yang lebih baik agar murid-murid mendapat
maklumat mengenai program susu sekolah ini dengan lebih tepat dan seterusnya
dapat meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan mereka.