Click here for Myspace Layouts

Selasa, 10 Mac 2015

SUKAN BOLA JARING


PJJ SEMESTER 1 SESI 2014/2015
QGJ 3033 –SUKAN BERPASUKAN
TAJUK ESEI ILMIAH


PILIH 4 KEMAHIRAN ASAS BAGI SATU PERMAINAN SUKAN BERPASUKAN DAN SEDIAKAN SATU MANUAL LATIHAN KEMAHIRAN ASAS
 
 








ISI KANDUNGAN
Bil             Perkara                                                                                     Muka surat
1.0             Pengenalan                                                                                                    
2.0             Sejarah Permainan Bola Jaring                                                                          
3.0             Empat kemahiran asas yang perlu dikuasai.         
                  3.1       Gerak Kaki                                                                                                         
                  3.2       Hantaran                                                                                            
                  3.3       Menghadang                                                                                      
                  3.4       Menjaringkan Gol                                                                              
4.0             Prosedur/ansur maju latihan kemahiran asas yang dicadangkan                 
5.0             Berikan justifikasi pemilihan latihan                                                           
6.0             Peralatan                                                                                                      
7.0             Rumusan                                                                                                      
8.0             Perkara-perkara lain yang berkaitan                                                             
                                   
9.0             Rujukan                                                                                                           





1.0 PENGENALAN

Sukan adalah satu aspek yang penting dalam menghasilkan minda yang sihat dan cerdas.Minda yang cerdas adalah hasil daripada kecergasan fizikal dan mental yang baik.Oleh itu bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani ,emosi rohani dan intelak  Dasar 1Murid 1Sukan telah diperkenalkan bagi memberi peluang secara menyeluruh untuk semua murid terlibat dalam acara sukan dan lebih terancang serta dapat mengimbangi fokus murid secara bersepadu.  Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) adalah untuk menjadikan murid sentiasa cergas dan sihat.Penglibatan murid secara aktif dalam bidang sukan ini mampu membentuk modal insan yang  yang cergas dan berdisiplin.
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu sukan.Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insane yang seimbang dan berdaya saing.Dasar 1Murid 1Sukan ini diharapkan dapat mengurangkan bilangan murid yang kurang aktif di dalam sukan.Selain itu dasar ini dapat mengasah dan mencungkil bakat dan potensi sukan pada masa akan datang.
Hal ini kerana dengan mengoptimumkan keupayaan fizikal murid akan mampu melahirkan insan yang cerdas dan produktif kearah memberi  sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

                        Dasar 1Murid 1 sukan adalah kearah merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar dapat menyumbang kepada penglibatan murid secara aktif dalam sukan di sekolah.Selain itu,program sukan berpasukan ini dapat membangunkan program sukan kepada murid-murid di sekolah sekurang-kurangnya satu sukan . Pelbagai aktiviti sukan telah diperkenalkan di sekolah sama ada secara individu atau berpasukan.Antara contoh sukan berpasukan yang diperkenalkan adalah seperti bola sepak ,bola jaring ,bola baling,hoki,sepak takraw ,dan sebagainya.Selain daripada mampu menjadikan mereka sihat dari segi fizikal sukan berpasukan ini juga mampu menwujudkan masyarakat yang bersepadu dan bertoleransi semasa menjalani aktiviti bersukan ini.


2.0   SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BOLA JARING
Sukan Berpasukan bola jarring ini sangat popular di kalangan murid-murid perempuan. Permainan bola jaring ini adalah terhasil daripada permainan bola keranjang.Sukan bola jaring ini diperkenalkan di Amerika Syaraikat oleh  Dr.James Naismith pada tahun 1891.Beliau merupakan seorang yang berbangsa Kanada dan berperenan mencipta sukan dalaman untuk penuntut Bahagian Latihan Fizikal di kolej tersebut.Pada peringkat awal diperkenalkan bola jarring menggunakan keranjang sebagai bakul sebelum digantikan dengan gelang dan jaring. Bola jaring merupakan hasil pengubahsuaian daripada bola keranjang yang amat popular pada awal 1900-an.Ia berasal di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai "bola keranjang wanita". Sukan ini dicipta oleh Clara Gregory Baer. Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia dan Afrika. Pada tahun 1926, tertubuhlah Persatuan Bola Jaring Wanita Seluruh England (All England Women’s Netball Association). Perlawanan antarabangsa yang pertama telah diadakan di antara England dan Scotland pada tahun 1938).
Perkembangan pesat untuk permainan bola jaring berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1960 wakil-wakil negara komenwel telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk bola jaring dunia. Dengan itu tertubuhlah The International Federation of Netball Association. Pertubuhan ini berperanan untuk menyelaraskan peraturan dan undang-undang permainan bola jaringPada awal bola jaring diperkenalkan ianya dikenali sebagai    bola keranjang wanita. Pada tahun 1895 ,Dr Tales telah membawa bola jarring ke England.Pada tahun 1985 bola jarring ini terus berkembang ke Negara –negara ASEAN sehingga tertubuhnya Persekutuan Persatuan Bola Jaring Asia (AFNA) yang telah ditubuhkan oleh ahli-ahli persatuan dari Malaysia,Singapura,India,Sri Lanka,Hong Kong ,Pakistan dan beberapa buah Negara lagi.
Sejarah bola jaring di Malaysia pula bermula apabila ia popular dikalangan sekolah mubaligh Kristian. Guru-guru Inggeris khususnya di banda amat gemar bermain bola jaring. Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978. Penubuhan PBJM telah dirasmikan oleh Almarhumah Ke Bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang.Pada awal penubuhannya dianggotai Persatuan ini telah mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan antarabangsa sepertu Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia. Majlis Olimpik Malaysia telah mempelawa Persatuan Bola Jaring Malaysia untuk menganjurkan pertandingan bola jaring di sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga terlibat dalam Sukan Komenwel yang diadakan di Malaysia pada tahun 1998.

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga telah diwujudkan bagi meningkatkan permainan bola jaring di peringkat sekolah.MSSM telah dipertanggungjawabkan untuk mengembangkan dan meningkatkan permainan bola jaring di sekolah-sekolah Malaysia. 

http://www.pbjm.net/images/laman%20utama2.jpg                                            

Rajah 1.0 : Logo Persatuan Bola Jaring Malaysia

Dengan perenan yang dimainkan oleh MSSM,permainan bola jaring telah berjaya menjadi satu permainan yang mampu meningkatkan perpaduan dalam kalangan murid-muris sekolah.Justeru itu, pertandingan bola jaring ini dijalankan bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan murid-murid sekolah ini agar dapat mencari bakat yang mampu untuk digilap dan seterusnya dapat mewakili sekolah dan mengharumkan nama Negara di persada antarabangsa. Di Malaysia kejohanan bola jarring telah dijalankan di peringkat sekolah,daerah,negeri sehingga ke peringkat kebangsaan.
 
3.0 EMPAT KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN
      BOLA JARING.

Dalam permaianan sukan,sesorang itu perlu mengetahui dan menguasai kemahiran asas sesuatu permainan.Dalam permainan bola jaring ,seseorang pemain bola  jaring itu perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran dalam kemahiran asas sukan bola jaring. Kemahiran sukan ini penting  bagi meningkatkan permainan dari semasa ke semasa .

Di sekolah seorang guru ,memainkan perenan yang penting sebagai jurulatih.Oleh itu guru perlu memainkan perenan yang penting bagi memperkenalkan murid dengan kemahiran-kemahiran asas bola jaring.Di dalam sukan bola jaring terdapat lima kemahiran asas yang utama iaitu gerak kaki,hantaran,menghadang,menjaring dan menjaga gol.Oleh itu untuk menguasai permaianan bola jaring ini guru perlulah memberi teknik dan pendedahan yang sewajarnya tentang kemahiran asas permaianan bola jaring kepada murid-murid.




3.1 Gerak Kaki

Dalam permainan bola jaring ,pergerakan kaki sesorang sangat penting.Setiap pemain perlu mahir dengan pergerakan kaki masing-masing.Seseorang pemain perlu mempunyai kemahiran pergerakan kaki dalam jarak dan situasi yang berbeza.Seseorang pemain perlu tangkas dalam menukar haluan kaki secara serta merta. Bagi meningkatkan kemahiran gerakan kaki ini seseorang jurulatih perlu menerangkan dan menyediakan aktiviti ansur maju yang sesuai supaya murid mampu meningkatkan kemahiran gerakan kaki ini.Terdapat bebarapa peringkat yang boleh digunakan dalam permaianan bola jaring.Kemahiran gerakan kaki ini mempunyai peringkat antaranya ialah semasa menerima bola,melompat atau melonjak semasa menerima bola atau menghantar bola.Begitu juga semasa menjaringkan bola.Terdapat empat peringkat  gerakan kaki yang boleh membantu pemain melakukan pergerakan selanjutnya dalam permainan bola jaring ini .Antaranya ialah imbangan badan,corak langkahan,lonjakan ,pendaratan,menukar arah,larian pecut  dan membuat putaran.
                                                         
3.1.1 Imbangan Badan

Imbangan badan semasa permainan bola jaring amat penting kerana ianya akan mempengaruhi gerakan kaki.Gerakan kaki yang baik perlu mempunyai kemahiran dalam imbangan bandan .Untuk mengimbangkan badan, pemain perlu mengimbangkan bebola kaki,lutut serta pergelangan kaki,sambil kaki dibuka seluas bahu dan bersedia untuk bergerak ke mana-mana arah.Apabila pemain mencapai keseimbangan badan semasa permainan ,pemain dapat mengelakkan langkah gerakan kaki.Pemain hendaklah melontarkan bola sebelum kaki yang mula mendarat tadi memijak lantai semula.

 Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki, melompat dari kaki yang sama ke kaki yang satu lagi dan melompat semula sebelum melepaskan bola. Ini akan memberinya peluang untuk mengimbangkan diri dan bergerak jauh di samping memberi kekuatan kepada lontaran bola yang seterusnya.

Panjang langkah seseorang pemain semasa bergerak untuk menerimahantaran, atau balingan, adalah penting. Sebarang langkah yang terlalu panjangatau terlalu pendek akan mengganggu agerak kaki keseluruhannya. Dengan membuat langkahan yang tidak teratur boleh menjejaskan keseimbangan badan juga. Untuk mendapatkan bola, pemain harus melonpat, terutamanya jika pemain lawan tinggi-tinggi.

Gambar rajah di bawah menunjukkan beberapa kemahiran asas gerakan kaki yang sering digunakan semasa pemain beraksi.



        

Rajah 2: Peringkat Kemahiran Asas Gerakan Kaki Permainan Bola Jaring


3.1.2 Corak Langkahan
Corak langkahan adalah penting dalam mengawal gerakan kaki semasa permainan bola jaring.Setiap langkah yang dilakukan sama ada langkah yang panjang atau pendek ianya akan mempengaruhi keseimbangan badan.Corak langkahan kaki akan menghasilkan teknik pemainan seseorang pemain bola jaring tersebut.Sebagai contoh ialah pergerakan yang perlu dilakukan untuk menghasilkan lopatan dalam permainan tersebut.Panjang langkah seseorang pemain semasa bergerak untuk menerima hantaran, atau balingan adalah penting. Bagi membuat lompatan, pemain akan mempercepatkan lariannya serta memendekkan langkah bagi memastikan berat badan tertumpu kepada bahagian belakang tumit yang kemudian akan melompat. Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit dan diikuti dengan satu tolakan kuat daripada gelanggang oleh keseluruhan badan, terutamanya kepala, yang dibantu oleh ayunan tangan untuk menghulur tangan menyambut bola.



3.1.3 Lonjakan
Dalam permainan bola jaring ,pemain perlu mahir  membuat gerakan untuk melonjakkan badan ke udara atau ke atas bagi mendapatkan bola yang dalam keadaan yang tinggi ke udara.Pemain perlu menolak badan mereka ke udara atau ke arah bola yang lebih tinggi daripada saiz pemain.Hal ini memerlukan teknik gerakan kaki yang baik agar ianya mampu melonjakkan badan pemain ke udara.Pemain perlu mahir untuk menentukan kaki yang akan digunakan untuk membuat lonjakan.Pada masa yang sama pemain perlu mahir untuk membuat gerakan kaki yang betul bagi mengekalkan keseimbangan semasa pendaratan dan mengawal badan supaya tidak terjatuh.  
Rajah 3 :Gerakan Kaki

      3.1.4 Pendaratan
Pendaratan yang baik adalah tertumpu kepada cara lompatan untuk mendarat. Seseorang pemain yang mampu melakukan lonjakan atau lompatan yang baik mudah membuat pendaratan tanpa sebarang masalah. Lompatan akan dihasilkan apabila berat badan tertumpu ke arah  kaki yang mendarat dan kaki juga pantas mengubah kedudukan. Bagi menghasilkan pendaratan yang baik adalah dengan cara  membengkokkan lutut,iaitu sebaik sahaja kaki mencecah tanah. Hal ini akan mengelakkan daripada melakukan pendaratan yang tidak sempurna.
3.1.5. Larian Pecut
Teknik gerakan kaki bagi menukar arah dari setempat ke setempat tanpa boleh diketahui oleh pemain lawan adalah penting.Oleh yang demikian pemain semasa membuat perubahan arah ini, pemain perlu memastikan beratnya terletak pada kaki yang akan mencengkam gelanggang yang dapat menahan momentum ke depan. Pemain kemudian akan melakukan tolakan yang agak kuat dengan kakikanan ke arah pergerakan baru dengan menukarkan berat badan ke sisi kaki kanan itu.
Sebagai pemain yang cekap , larian pecut yang pendek sering digunakan oleh pemain ketika beraksi. Untuk melakukan larian pecut pemain perlu memastikan berat badan ke atas bebola kaki. Badan hendaklah dibongkokkan  sedikit dan berada pada kedudukan bersedia untuk melakukan tolakan kuat ke arah yang dikehendaki. Pemain hendaklah berada dalam kedudukan yang lebih bersedia untuk melakukan sebarang bentuk pergerakan jika dia berlari dengan langkah yang pendek serta berat badannya pada kaki, sementara lutut dibengkokkan .

3.1.6. Menukar Arah
Pemain yang bijak akan berusaha menukar arah dari semasa ke semasa,seboleh-bolehnya tanpa dapat dibaca atau diagak oleh lawan. Semasa membuatperubahan arah ini, pemain hendaklah memastikan beratnya terletak pada kakiyang akan mencengkam gelanggang yang dapat menahan momentum kedepan. Pemain kemudian akan melakukan tolakan yang agak kuat dengan kakikanan ke arah pergerakan baru dengan menukarkan berat badan ke sisi kaki kanan itu.
3.1.7 Membuat Putaran
Putaran badan adalah satu posisi seseorang pemain ingin memusing badan bagi tujuan untuk menghantar bola. Semasa membuat putaran, kedudukan bebola kaki tetap terus berada di atas tanah. Manakala kedudukan satu lagi kaki  adalah digunakan untuk menggerakkan badan dengan tolakan yang pendek serta mengarah kedudukan yang dikehendak oleh pemain.
Dalam pergerakan kaki pemain –pemain perlu sentiasa memastikan gerakan kaki berada dalam posisi yang betul bagi mengelakkan kecederaan dan juga untk mengurangkan pembatalan bola dan berpindah kepada pihak lawan.Oleh itu setiap pemain berlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam proses mengawal gerakan kaki semasa bola ada di tangan mereka.

3.2 HANTARAN
Hantaran adalah satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh sesorang pemain bola jaring.Cara penghantaran bola bergantung kepada jarak antara pemain ,kedudukan penghalang dan juga kecekapan pemain itu sendiri.Pemain bola menghantar bola dengan pelbagai cara seperti menggunakan sebelah tangan atau dua belah tangan.Hantaran boleh dilakukan sama ada secara menolak,melontar,meleret atau melalui aras kepala.Di dalam permainan bola jaring terdapat beberapa jenis teknik hantaran yang biasa digunakan oleh pemain antaranya hantaran aras dada, kepala, lantun, sisi dan sebagainya.Pemain boleh menggunakan pelbagai cara yang bersesuaian dengan situasi pihak lawan.
3.2.1 HANTARAN ARAS DADA
Kemahiran asas hantaran aras dada adalah sangat penting dikuasai oleh sesorang pemain bola jaring.Hal ini kerana hantaran ini adalah mempunyai banyak kelebihan bagi mengatasi pihak lawan. Hantaran aras dada ini hendaklah menggunakan lontaran dari aras dada dengan cara menolak dan terus menuju kepada sasaran. Hantaran aras dada ini juga merupakan satu hantaran yang kuat, cepat dan pantas kerana pemain perlu menghantar bola sesuai dengan jarak di antara penerima. Hantaran ini memerlukan pergerakan yang pantas .
Terdapat beberapa kebaikan yang diperolehi jika seseorang pemain ini menggunakan teknik hantara ini antara ialah:
Ø  Hantaran bola lebih tepat dan cepat
Ø  Merancang strategi permainan dengan baik.
Ø  Mengawal bola daripada diambil oleh pihak lawan.
Ø  Mengimbangi badan semasa hantaran bola.

Manakala antara kelemahan hantaran aras dada adalah seperti berikut:
Ø  Merugikan masa, kerana teknik ini biasanya dilakukan pada kedudukan jarak yang dekat antara pemain.
Ø  Menggunakan daya dan tenaga yang kuat
Ø  Hantara tidak dapat dihantar dengan tepat pada sasaran jika jarak yang jauh             sedikit.
Ø  Risiko kecederaan pada pergelangan tangan kerana hantarannya agak kuat.
Ø  Mudah dapat dibaca oleh pasukan lawan jika kurang mempunyai koordinasi mata dan tangan .
Gambar rajah di bawah adalah menunjukkan corak hantaran yang digunakan oleh pemain dalam teknik hantaran aras dada.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhY3URZAMZssq5BjvvVurVmHhVEubpVVgT6XRZUSYYfYFW5wy5oJpIufN45sp2Q6oBHgPyjqFfOwAQRsFuhso6TEH3U0W1CLHO7ddM5oO4WqSAYWsiXaAhERYZ3QOzQmi9ufSQcuo2F6E8/s320/hantaran+paras+dada.png
        Rajah 4: Hantaran Aras Dada

3.2.2 HANTARAN ARAS BAHU
Hantara aras bahu ini biasanya digunakan untuk hantaran jarak jauh dan juga boleh mengelitukan lawan.Pemain yang dalam keadaan sedia akan terus menghantar,menjaring atau memusingkan arah untuk membuat hantaran .Hantara ini dilakukan dengan bukaan kaki seluas bahu dan semasa membuat balingan.Tangan pemain akan diayunkan ke belakang dan akan menolak menggunakan pergelangan tangan.Pada masa pergerakan ini juga akan mengubah kedudukan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.Antara kelebihan dengan menggunakan teknik ini ialah
Ø    Balingan sisi dapat mengelirukan musuh
Ø    Dapat membaling secara pantas
Ø    Menyukarkan pihak lawan untuk menagkap bola
Namun begitu terdapat juga kekurangan dalam teknik permainan ini seperti:
Ø     Balingan yang dibuat kurang tepat.
Ø    Penerima sukar mendapat bola
Ø    Mudah berlaku kecederaan seperti pinggang.

Contoh hantaran aras bahu adalah seperti gambar rajah di bawah :
http://ts1.mm.bing.net/th?&id=HN.608008249503715257&w=300&h=300&c=0&pid=1.9&rs=0&p=0
Rajah 4: Hantaran Aras Bahu
3.2.3  Hantaran Atas Kepala
            Hantaran yang dilakukan melepasi kepala pemain yang membuat hantaran. Ia sesuai dilakukan untuk hantaran jarak  jauh dan tinggi kepada rakan. Teknik penghantaran bola adalah dengan cara meletakkan bola di tapak tangan . Kemudian, tangan yang akan membuat hantaran ditarik dan meninggi ke belakang dan tangan dibengkokkan ke siku. Salah satu kaki diletakkan ke hadapan. Semasa hantaran dilepaskan bebanan berat badan perlulah dipindahkan ke kaki yang satu lagi bagi mengikut lajakkan. Antara kelebihan hantaran ini ialah mempunyai potensi untuk memudahkan pemain menghantar bola dalam jarak yang jauh dan kuat dan kekurangannya pula adalah mudah diambil alih olep pihak lawan .
Contoh hantara aras kepala adalah seperti rajah di bawah:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7hubU5AI2iSLF87MAEXod8JJCUqkwgtfD8b9p7Z48xX0xdagbOeemKF9gk4iO7YbHVLKGEpanHUSrwSfK-31zwmMtm52YH0rl2QcqBjujlfSfv-x2zZNxYr57ueiaYkJL0uFdxZ1ADmY/s1600/menyambut+bola+tinggi.png
Rajah 5 :Hantaran Aras Kepala



3.2.4 HANTARAN LOP

           Gambarajah di bawah adalah contoh hantaran lop yang biasa digunakan oleh pemain untuk menghantar bola ke pada rakan pemain.Hantaran lop ini sesuai dngan menggunakan satu tangan yang tinggi dan pandai mengawal keadaan jari agar mencapai sasaran.Hantaran dimulakan pada kedudukan bola pada aras bahu  dan siku dibengkokkan  dan tangan balingan di bawah bola. Tangan balingan sepatutnya menjangkau dalam satu garisan lurus ke atas, di mana anda akan melepaskan bola pada jangkauan penuh bagi mendapatkan layangan yang maksimum. Bola dilontar dalam bentuk lengkungan bagi melepasi jangkaun pemain lawan. Kemudian ikut lajak dengan pergelangan tangan dan jari-jari. Kepentingan teknik hantaran ini ialah:
Ø  Menghantar bola dari jarak dekat dan jauh.
Ø  Menghantar bola pada aras tinggi untuk mengelakkan daripada pihak lawan.
Ø  Menghantar bola pada keadaan musuh berada berhampiran dengan penerima.



http://ts1.mm.bing.net/th?&id=HN.608055223565028135&w=300&h=300&c=0&pid=1.9&rs=0&p=0
                   Rajah 5: Hantaran Lop

3.2.5  HANTARAN LANTUN

            Hantaran lantunan ini biasanya dilakukan apabila keadaan ramai pemain berkumpul di dalam gelanggan  terutama di kawasan jaringn.Biasanya hantaran yang dilakukan adalah hantaran rendah. Ianya boleh dilakukan dengan menggunakan satu atau dua tangan. Biasanya pemain akan menghantarkan hantara lantun ke hadapan dan kedudukan tangan adalah bahagian atas bola. Untuk hantaran lantunan ke sisi, letakkan ibu jari di bahagian belakang bolasehingga ia hampir bertemu di tengah-tengah bola. menggunakan kedua belah tangan agar balingan bola mejadi lebih stabil, cepat dan tepat. Teknik hantaran ini mudah sahaja, bawa bola ke arah dada sambil kaki dibuka seluas bahu. Kemudian, pemain melangkah setapak ke hadapan, lalu menolak bola ke lantai agar bola dilantun ¾ ke arah rakan untuk disambut. Sekiranya anda ingin menggunakan sebelah tangan, gerakannya sama seperti hantaran bahu, tetapi pemain hendaklah merendahkan badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut. Tujuannya adalah untuk menghantar bola ke bawah atau ke sebelah/sisi lawan.
Gambarajah menunjukkan teknik hantaran lantunan.

Gambar Rajah 6: Hantaran Lantunan


Terdapat beberapa teknik hantaran yang boleh digunakan oleh pemain bola jaring. Selain itu terdapat beberapa lagi kemahiran asas lain yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain.Kemahiran menghadang adalah kemahiran asas yang penting dalam permainan bola jaring ini.

3.3  MENGHADANG
Kemahiran asas yang utama juga ialah menghadang.Menghadang ialah satu posisi apabila menyerang, pemain pasukan lawan perlulah perlulah menghadaang untuk  mengatasi pasukan lawannya. Setiap pemain mesti bergerak untuk mencari ruang kosong bagi menerima hantaran. Pemain akan cuba untuk mencari ruang kosong untuk melepaskan diri  daripada kawalan pasukan lawan dengan mengelak, melompat atau menukar haluan semasa berlari. Manakala, sewaktu bertahan, pemain hendaklah menghalang pasukan lawan daripada membuat hantaran atau jaringan. Bagi pemain yang membuat pertahanan ,kita hendaklah bijak untuk mengawal lawan kita masing-masing yang akan sentiasa untuk merampas bola.Biasanya kawalan dilakukan secara satu lawan satu.

Kemahiran asas menghadang ini juga penting semasa di kawasan gol.Penjaring gol serta pengadang golakan memainkan peranan yang penting dalam menghalang jaringan gol pihak lawan. Mereka perlu membuat halangan di dalam kawasan jaringan iaitu di dalam kawasan D. Jarak halangan seseorang pemain itu adalah sebanyak 3 kaki agar tidak terlalu hampir dengan pihak lawan. Hal ini kerana sekiranya anda terlalu hampir dengan pihak lawan, anda telah melakukan kesalahan halangan dekat dan sekaligus memberikan peluang kepada lawan.


Rajah 4: Teknik menghadang





3.4. MENJARINGKAN GOL

Menjaringkan gol adalah satu kemahiran asas yang penting dalam permainan bola jaring.Setiap pemain bola jaring perlu mahir dalam membuat jaringan.Biasanya terdapat dua orang pemain sahaja yang akan ditugaskan bagi menjaringkan gol iaitu GA dan GS.Hal ini kerana jika berlaku hal yang tidak dingini seperti kecederaan pemain yang lain akan mengantikkannya.

         Setiap pemain berpotensi untuk menjaringkan gol.Oleh itu kemahiran menjaringkan gol ini perlu dikuasai oleh sesorang pemain.Pemain boleh membuat percubaan bagi menjaringkan gol di mana-mana tempat di dalam bulatan jaringan.Pemain perlu tahu cara menangkap bola ,kedudukan penjaring dalam bulatan jaringan dan ketinggian penghadang. Antara kemahiran membuat jaringan adalah memerlukan ketetapan pada sasaran dan pada gelang jaring. Penjaring yang baik perlu pantas,cekap dan berhati-hati.Penjaring perlulah pantas berlari atau melompat serta cekap menangkap bola yang telah dihantar. Biasanya kawasan jaringan hanya dimasuki oleh pemain-pemain GS,GA,GK dan GD. Tetapi hanya GS dan GA yang akan membuat jaringan,sementara GK dan GD dari pihak lawan akan menghadang GS dan GA.

         Jaringan akan dikira apabila bola telah memasuki lilitan jaringan.Terdapat beberapa cara jaringan yang boleh dilakukan. Jaringan statik sebelah tangan, jaringan sambil melompat dan jaringan sambil berlari (1½ langkah) adalah antara jaringan yang sentiasa dilakukan oleh seorang penjaring.Untuk menghasilkan jaringan yang baik teknik menjaring pada asasnya memerlukan penjaring berdiri stabil dengan kaki dominan di hadapan. Kemudian, letakkan bola di atas bebola tapak tangan dan buka jemari. Bola diangkat tinggi dari aras kepala dengan ditampung sebelah tangan lagi dan bawa ke hadapan sedikit. Manakala badan direndahkan serta lutut dan siku dibengkokkan. Akhir sekali bola dilepaskan dari tangan dengan pergelangan tangan ke arah sasaran.Sekiranya penjaring terlalu hampir atau jauh dari tiang gol, penjaring boleh membuat satu langkah ke belakang atau ke hadapan dengan syarat kaki hanya satu kaki yang menyentuh gelanggang.

                     Menjaring sambil melepaskan bola sambil melompat juga salah satu kemahiran asas menjaring .Kemahiran menjaring cara ini perlulah pantas dan seorang yang mahir.Kelebihan menjaring ini akan menyukarkan pihal lawan untuk menghalang semasa jaringan di buat.    
          
           Rajah 7: Jaringan Bola
Oleh itu sebagai pemain bola jaring perlulah mengetahui dan menguasai kemahiran asas bola jaring tersebut.Hal ini adalah penting untuk mengawal dan bermain dengan baik.Kemahiran-kemahiran asas ini perlu dipelajari dan diterokai dalam satu jangkamasa tertentu.Oleh itu bimbingan dan panduan daripada guru adalah amat penting agar kemahiran –kemahiran asas ini perlu dikuasai oleh pemain tersebut.Guru perlu menyediakan satu modul bagi memudahkan melaksanakan kemahiran asas ini.

4.0 PROSEDUR/ANSUR MAJU LATIHAN KEMAHIRAN ASAS YANG DICADANGKAN.
Ansur maju latihan kemahiran asas adalah merupakan salah satu daripada prinsip-prinsip latihan yang perlu dipatuhi oleh juru latih .Prinsip-prinsip ini penting agar latihan yang dijalankan berkesan.Latihan ansur maju hendaklah melakukan latihan secara progresif. Ia merujuk kepada kesukaran latihan yang beransur-ansur.Kadar latihan yang dijalankan adalah berdasarkan keupayaan individu masing-masing. Hal ini kerana setiap individu berbeza maka peningkatan intensity latihan hendaklah bersesuaian dengan individu.Ini dilakukan secara beransur-ansur mengikut kesesuaian pencapaian fizikal seseorang atlit.
         Jadual di bawah adalah prosedur ansur maju bagi kemahiran asas bola jaring iaitu hantaran aras kepala atau Lop.Hantaran lop atau hantaran aras kepala adalah kemahiran asas yang penting dalam permainan bola jaring.Masa yang diperuntukan dalam aktiviti ansur maju ini selama satu jam permainan.


JADUAL PROSEDUR/ANSUR MAJU LATIHAN KEMAHIRAN ASAS YANG DICADANGKAN.
                                                   


KEMAHIRAN /

MASA
AKTIVITI/

ANSUR MAJU
FOKUS PEMBELAJARAN
PENGELOLAAN/

STRATEGI P&P
CATATAN

HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)


PERMULAAN

 (5MINIT)
1.Memanaskan Badan
ü  Permainan sentuh lutut
ü  Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan yang terdiri daripada enam orang.
ü  Murid secara berpasangan dikehendaki untuk menyentuh lutut kawan dan pihak satu lagi akan berusaha untuk mengelakkan lututnya disentuh oleh kawannya.

Flowchart: Connector: G                             


   X     X     X     X   X   
   X     X     X     X    X
   X     X     X     X   X   
   X     X     X     X    X
   X     X     X     X   X   
   X     X     X     X    X

                                                                                                         
 Petunjuk:
Flowchart: Connector: G
 


                      -Guru

       X        -  Murid











KEMAHIRAN /

MASA
AKTIVITI/

ANSUR MAJU
FOKUS PEMBELAJARAN
PENGELOLAAN/

STRATEGI P&P
CATATAN
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)


(5 MINIT)
2. Senaman Regangan













3. Guru memperkenalkan tajuk yang berkaitan hantaran Lop
ü  Murid dalam kumpulan membentuk kumpulan separuh bulatan.
ü  Murid melakukan aktiviti memanaskan badan secara bersama-sama.
ü  Murid membuat lompatan sambil mengangkat tanggan ke atas.
ü  Hantaran lop atau hantaran atas kepala sesuai untuk hantaran jarak jauh.



ü  Guru membimbing murid melakukan aktiviti memanaskan badan dan juga senaman regangan bersama-sama.

















Alatan
Wisel
KEMAHIRAN /

MASA
AKTIVITI/

ANSUR MAJU
FOKUS PEMBELAJARAN
PENGELOLAAN/

STRATEGI P&P
CATATAN
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)


LANGKAH 1

 (10 MINIT)
1.Hantaran bola atas
   kepala tanpa bola.
DEMONTRASI GURU:

ü Murid mesti berada di dalam keadaan sedia.
ü Murid dikehendaki membuka kaki seluas bahu dan bayangkan murid memegang bola.
ü Temukan ibu jari kanan kepada  jari kiri dengan tapak tangan menghala ke depan.
ü Murid akan mengangkat tangan atas kepala dan kemudian tarik tangan ke belakang dan tolak ke depan.
ü Kaki di bawa ke depan dan ke belakang.

                              

Flowchart: Connector: G
 

                                                                                                           

Petunjuk:
Flowchart: Connector: G
 


                      -Guru

               -  skital


ü  Murid akan berbaris di sisi skital masing-masing.
ü  Guru akan menunjukkan cara membuat hantaran atas kepala(Lop)



Alatan
Wisel
Bola
skital








KEMAHIRAN /
MASA
AKTIVITI/

ANSUR MAJU
FOKUS PEMBELAJARAN
PENGELOLAAN/

STRATEGI P&P
CATATAN
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)


LANGKAH 2

 (10 MINIT)
1.Hantaran bola atas
   Kepala (Lop) secara
  berpasangan
Aktiviti Murid
ü Murid dibahagikan secara berpasangan.
ü Murid dikehendaki membuat hantaran di bahagian atas kepala(lop) dengan menggunakan bola.  
ü Guru akan menggunakan wisel untuk memberi arahan kepada murid.Wisel pertama dibunyikan murid yang memegang bola akan membuat hantaran.Wisel kedua  dan seterusnya.
ü Bagi murid yang telah mahir mereka dapat mengubah jarak kedudukan yang semakin jauh.



                             
Flowchart: Connector: G        
             X   X  X   X  X                                                                                       
              
             
Isosceles Triangle: w             X   X  X   X  X                                                                                       
 Petunjuk:
Flowchart: Connector: G
 

                      -Guru

               -  skital
       
        X   -  Murid                                                                         
ü  Murid akan berbaris dalam pasangan masing-masing.
ü  Murid akan bergilir-gilir membuat hantaran atas kepala(Lop)
Alatan
Wisel
Bola Lembut/Pundi kacang
Skital
  Jarak 5Meter


KEMAHIRAN /

MASA
AKTIVITI/

ANSUR MAJU
FOKUS PEMBELAJARAN
PENGELOLAAN/

STRATEGI P&P
CATATAN
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)


LANGKAH 3

 (15 MINIT)
1.Aktiviti berkumpulan.

Aktiviti Murid

ü Murid dibahagikan dalam dua kumpulan.
ü Murid mendengar penerangan dan melihat tunjuk cara oleh  guru tentang teknik  hantaran lop .  
ü Murid membuat hantara lop bersama-sama dalam kumpulan.
ü Bagi murid yang lemah di beri latih tubi oleh guru.
ü Murid kumpulan A akan membuat hantaran kepada kumpulan B dan seterusnya bertukar-tukar tempat.


                             
             Kumpulan A
             X   X  X   X  X                                                                                        
Flowchart: Connector: G              
             
             X   X  X   X  X
Isosceles Triangle: w            Kumpulan B                                                                                       
 Petunjuk:
Flowchart: Connector: G
 


                      -Guru
 

               -  skital
        X    -     Murid    
                                                                    
ü  Murid akan berbaris dalam kumpulan masing-masing.
ü  Murid akan bergilir-gilir membuat hantaran atas kepala(Lop)



Alatan
Wisel
Bola Jaring
Skital


KEMAHIRAN /

MASA
AKTIVITI/

ANSUR MAJU
FOKUS PEMBELAJARAN
PENGELOLAAN/

STRATEGI P&P
CATATAN
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)


LANGKAH 5

 (15 MINIT)
1.Permainan Kecil
(Upin Ipin dan Monyet-monyet )

Aktiviti Murid

ü Murid dibahagikan dalam dua kumpulan.
ü Dalam kumpulan murid akan melantik seorang ketua kumpulan untuk mengundi  .  
ü Kumpulan yang menang akan menjadi Upin Ipin dan kumpulan yang kalah akan menjadi monyet-monyet.
ü Guru akan memberi bola tiga biji bola sebagai pisang kepada kumpulan upin ipin.
ü Kumpulan upin ipin akan membaling /menghantar bola kepada rakan-rakan yang lain dan kumpulan monyet-monyet akan cuba menangkapnya.


Flowchart: Connector: G












 Petunjuk:
Flowchart: Connector: G
 


                      -Guru
                - Skital
                
                 - Murid/upinipin
              
                    - Murid/monyet-monyet
                                                  






Alatan
Wisel
Bola jaring
Skital


KEMAHIRAN /

MASA
AKTIVITI/

ANSUR MAJU
FOKUS PEMBELAJARAN
PENGELOLAAN/

STRATEGI P&P
CATATAN
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)




ü Guru akan memberi peraturan kepada murid-murid.
ü Hanya hantaran lop sahaja yang dibenarkan.
ü Bagi memulakan permainan guru akan meniup wisel dan mengira bola yang berjaya ditangkap  .  
ü Guru akan membunyikan wisel untuk menukar pemain.
ü Pemenang akan dikira berdasarkan bilangan bola yang berjaya ditangkap paling banyak ditangkap.



ü  1 kumpulan murid akan membuat bulatan dan 1 kumpulan akan menjadi monyet-monyet untuk menangkap bola.










KEMAHIRAN /

MASA
AKTIVITI/

ANSUR MAJU
FOKUS PEMBELAJARAN
PENGELOLAAN/

STRATEGI P&P
CATATAN
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)


PENUTUP
(5 MINIT)
1.Menyejukkan badan (cooling down)
ü Guru akan meminta murid berlari secara rawak dalam kawasan yang ditetapkan.
ü Apabila wisel ditiup murid akan berhenti untuk membuat regangan .
ü Rengangan yang dilakukan
-Murid akan membentuk huruf C.
-seorang murid mengetuai aktiviti `cooling down`.Dari kepala hingga kaki.
-Aktiviti tarik nafas dan hembus nafas.(3kali)











KEMAHIRAN /

MASA
AKTIVITI/

ANSUR MAJU
FOKUS PEMBELAJARAN
PENGELOLAAN/

STRATEGI P&P
CATATAN
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)



2. Rumusan

ü  Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.
ü  Murid dalam kumpulan yang ditetapkan menyimpan semula barang ke dalam stor dan murid yang lain boleh masuk ke kelas.







         



5.0 BERIKAN JUSTIFIKASI PEMILIHAN LATIHAN
Dalam permainan bola jaring hantaran adalah sangat penting bagi menetukan bola.Jika pemain dapat menguasai hantaran yang baik ,secara tidak langsung kumpulan tersebut akan menguasai permainan.Hantaran yang pelbagai dengan teknik yang pelbagai perlu perlu pengajaran yang betul.Prinsip-prinsip latihan seperti ansur maju adalah perlu di ajar dengan baik kepada murid.Hal ini bagi mengelakkan kecederaan yang akan berlaku semasa bermain. Dalam permainan bola jaring objektif permainan bola jaring adalah untuk mendapatkan jaringan yang sebanyak mungkin bagi menentukan pemenang.Oleh itu semua pemain perlulah mempunyai kemahiran dalan setiap aspek kemahiran asas bola jaring.

Latihan adalah salah satu proses yang sistemetik yang mempunyai objektif untuk meningkatkan kecergasan melalui aktiviti fizikal yang terancang.Pemilihan latihan yang  yang digunakan adalah ansur maju. Di dalam latihan kemahiran asas,prinsip latihan ansur maju adalah sangat penting untuk murid menguasai kemahiran asas bola jaring dengan baik. Prinsip ini berkait rapat dengan prinsip penambahan beban. Prinsip ansur maju adalah berasaskan kepada latihan yang perlu dijalankan pada tahap-tahap yang sentiasa meningkat dan bersesuaian dengan proses penyesuaian badan kepada rangsangan senaman. Anda harus mencatat beban senaman anda supaya kemajuan-kemajuan tertentu dapat dicapai.

Terdapat dua bentuk latihan dalam teori ansur maju iaitu mempelajari pergerakan yang
senang dahulu sebelum melakukan pergerakan yang susah dan melakukan pergerakan
yang mudah sebelum melakukan pergerakan yang lebih kompleks.Hal ini akan meningkatkan keyakinan murid untuk mengikuti aktiviti yang dirancang.Bagi meningkatkan kemajuan dalam latihan perlu bermula daripada peringkat kesukaran yang beransur. Untuk mencatat kemajuan dari satu peringkat ke peringkat yang lain, anda perlu
menambah kesukaran latihan secara beransur-ansur. Oleh kerana badan manusia boleh disesuaikan dengan tekanan atau beban kerja yang baru, jumlah kerja tersebut hendaklah ditambah dari semasa ke semasa. Misalnya jika anda memulakan latihan dengan berlarisatu kilometer sehari dalam masa lapan minit, anda mungkin berasa bahawa latihantersebut merupakan satu bebanan pada mulanya. Dengan latihan yang kerap anda pastidapat meningkatkan kadar kardiovaskular dalam tempoh beberapa minggu berikutnya. Tetapi sekiranya anda terus melakukan latihan pada tahap yang sama maka anda tidak dapat meningkatkan tahap kecergasan anda



Latihan harus dijalankan dalam tahap-tahap yang sentiasa meningkat sesuai dengan proses pengubah suaian tubuh kepada rangsangan latihan. Anda perlu mencatatkan beban latihan supaya kemajuan tertentu dapat dikesan.

Tanda-tanda anda mengalami kesan hasil latihan yang terlalu membebankan :
• Sakit dibahagian dada
• Pening kepala
• Rasa hendak muntah
• Kesukaran bernafas
• Keletihan yang keterlaluan
• Kesakitan pada sendi-sendi
• Keperitan atau kesakitan otot yang berlanjutan

Diharapkan dengan menggunakan prisip latihan ansur maju ini mampu mengelakkan kecederaan dan juga meningkatkan semangat untuk murid terus menguasai kemahiran asas.


6.0   PERALATAN

Peralatan penting dalam permainan bola jaring .Di bawah ini diterangkan secara ringkas tentang alat –alat bagi permainan bola jaring.



5.1 Bola
Bola yang diperlukan ialah bola khas untuk bola jaring. Bola tersebut mempunyai saiz 5,berdiameter 99-102 cm dan beratnya 6.35-7.26g. Bola ini diperbuat daripada getah atau kulit.


            

5.2 PAKAIAN DAN BIP
Pemain akan memakai pakaian sukan yang sesuai.Kebiasaannya pakaian mereka terdiri daripada baju-t, seluar panjang,stoking, kasut dan bip. Bip dipakai diluar baju-t dan setiap bip ditulis nama tugas setiap pemain. Nama tugas ini tertera di bahagian depan dan belakang bip.
                     https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRKshrgwvT1M4Bc0ZkMrAZRrz8fzjrGrirh99vUBb0ueydXOXsN          

5.3 GELANGGANG
Gelanggang adalah merupakan tempat utama dalam permainan bola jaring.Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring iaitu gelanggang terbuka dan gelanggang tertutup.Gelanggang yang terbuka biasanya mempunyai kawasan rumput  atau dibuat khas dengan menggunakan simen atau perkey untuk gelanggang tertutup.Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bolakeranjang, sepanjang 30.5mdan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines) . Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm.Gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak yang sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol.Kawasan lain ialah centre atau kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula terletaknya bulatan tengah.Di kedua-dua hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan ketiga, terdapat garisan semi-circle atau separuh bulatan yang merupakan bulatan gol.Kawasan tengah 3 10.14 m2.
                     UKURAN GELANGGANG BOLA JARING
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQD8tOS3xf5k6EqkalTeeKc7HSVcvTU8lJtXEhO7uFMM3FjGgkLcTNZwjb7D_24HJPxh7Yhgs0Lh3gtVXPtl0J2e4n1sdu5bkMlHnA2Be0H81zoUe2AgTNImqdbiWmFXAW0RI_WeTBFus/s1600/IMAGE0065.JPG



5.4 TIANG GOL
Kedua-dua belang gelanggang dipasang tiang gol yang tingginya3.05 m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi. Bulatan besi berjaring yang terletak di bahagian atas tiang mempunyai diameter 38cm.



7.0 RUMUSAN
Kejayaan atau kegagalan pasukan semasa bermain bola jaring ini amat bergantung kepada perkembangan dan penggunaan sistem, taktik dan strategi yang betul.Pemain harus yakin dengan kebolehan mereka dan mengetahui kelemahan pihak lawan. Ini ialah cabaran terbesar untuk seorang jurulatih melatih pemain-pemainnya nanti. Sebagai seorang guru untuk memahirkan pelajar-pelajar bermain permainan ini, guru perlulah mendalami ilmu dan teknik-teknik permainan bola jarring ini supaya pengajaran dan pembelajaran permainan bola jaring ini dijalankan secaraberkesan.Pengajaran menggunakan kaedah pengajaran TGFU juga amat sesuai bagi permulaan kanak-kanak unuk mengenali sukan dan permainan.
Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti permainan yang berbagai-bagai jenis supaya mereka ini lebih memahami terhadap organisasi permainan- permainan dan juga mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti permainan tertentu. Selain itu,  pendidik wajib menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan- permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana segala pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata lain, pendidik perlu membuat persediaan yang secukupi dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran terutamanya dalam permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/ dinding dan serangan.

8.0 PERKARA-PERKARA LAIN YANG BERKAITAN DENGAN  BOLA JARING
8.1 STRATEGI PERMAINAN HANTARAN TENGAH
Beberapa strategi permainan perlu disusun bagi menentukancorak permainan dan strategi menjaring untuk mencapai kemenangan.Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukanlawan semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut akan dapat bermain dengan lebihcemerlang jika strategi mereka tidak dapat dikesan oleh pasukanlawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran kedalam atau lambungan .
Strategi ini diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jikatidak, strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.Latihan strategi seperti ini bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaiksahaja pengadil meniupkan wisel.WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yangsedang berada dalam kawasan lawan. WA menghantar bolakepada GS untuk hantaran ketiga, dan akhir sekali GS membuathantaran keempat kepada GA yang sudah pun berada dalamkawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat jaringan gol.
 Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran boladiperlukan, bermula dengan hantaran tengah dan berakhir dengan hantaran penjaring gol. Yang penting ialah setiap pemainhendaklah cuba mencari ruang yang baik agar pemain pasukanlawan tidak dapat menghalangnya. Untuk itu, pemain-pemainperlu bergerak dengan lebih pantas.Peibagai teknik seperti teknik merampas bola sekaligus menukar kedudukan daripada posisi bertahan kepada menyerang. Bertahan bererti mengawal pasukan lawan. Pemain yangberpengalaman akan memilih bermacam-macam cara untuk membuat pertahanan yang baik, kerana jika pertahanan lemah atau tidak teratur,pihak lawan dengan mudahnya dapat membolosi barisan pertahananuntuk membuat serangan.
Kejayaan atau kegagalan pasukan semasa bermain bola jaring ini amat bergantungkepada perkembangan dan penggunaan sistem, taktik dan strategi yang betul.Pemain harus yakin dengan kebolehan mereka dan mengetahui kelemahan pihaklawan. Ini ialah cabaran terbesar untuk seorang jurulatih melatih pemain-pemainnyananti. Sebagai seorang bakal guru untuk memahirkan pelajar-pelajar bermainpermainan ini, guru perlulah mendalami ilmu dan teknik-teknik permainan bola jaringini supaya pengajaran dan pembelajaran permainan bola jaring ini dijalankan secara berkesan.




   
RUJUKAN

1.      Aminah Mohd Salleh (1989), Bola Jaring, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.http://ms.wikipedia .org/wiki/bolajaring.

2.      Fouzee H.A. (1898). Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani; Bola Jaring.Penerbitan Sri Maju Sdn. Bhd.
3.      Mohd.Sofian Omar Fauzee (2006). Drill Bola Jaring. Karisma Publication Sdn.Bhd.
4.      Mohd Salleh Aman (2006) Asas Pengurusan Sukan ,Kuala Lumpur:Universiti Melaya.

5.      Rozita Abdul Latiff.(2006).Drill Bola Jaring Asas,Pertengahan dan Mahir.Shah Alam: Krisma Publication.

..::UnTuK RaKaN RaKaN SeMuA::..

..::GuRu OH GuRu::.. Dialah pemberi paling setia, Tiap akar ilmu miliknya, Pelita dan lampu segala, Untuk manusia sebelum menjadi dewasa; Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat, Alur kesetiaan mengalirkan nasihat, Pemimpin yang ditauliahkan, Seribu tahun katanya menjadi hikmat; Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca; Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya, Di sebuah sekolah mewah di ibu kota, Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu, Dia adalah guru mewakili seribu buku, Semakin terpencil hidupnya di ceruk desa, Semakin bererti tugasnya kepada negara; Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu, guruku, Budi yang diapungkan di dulang ilmu, Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat, Menjadi kenangan ke akhir hayat