PJJ
SEMESTER 1 SESI 2014/2015
QGJ
3033 –SUKAN BERPASUKAN
TAJUK ESEI ILMIAH
|
ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka surat
1.0 Pengenalan
2.0 Sejarah Permainan Bola Jaring
3.0 Empat kemahiran asas yang perlu
dikuasai.
3.1 Gerak Kaki
3.2 Hantaran
3.3 Menghadang
3.4 Menjaringkan Gol
4.0 Prosedur/ansur maju latihan
kemahiran asas yang dicadangkan
5.0 Berikan justifikasi pemilihan
latihan
6.0 Peralatan
7.0 Rumusan
8.0 Perkara-perkara lain yang berkaitan
9.0 Rujukan
1.0 PENGENALAN
Sukan
adalah satu aspek yang penting dalam menghasilkan minda yang sihat dan
cerdas.Minda yang cerdas adalah hasil daripada kecergasan fizikal dan mental
yang baik.Oleh itu bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani ,emosi
rohani dan intelak Dasar 1Murid 1Sukan
telah diperkenalkan bagi memberi peluang secara menyeluruh untuk semua murid
terlibat dalam acara sukan dan lebih terancang serta dapat mengimbangi fokus
murid secara bersepadu. Dasar 1Murid
1Sukan (1M1S) adalah untuk menjadikan murid sentiasa cergas dan
sihat.Penglibatan murid secara aktif dalam bidang sukan ini mampu membentuk
modal insan yang yang cergas dan berdisiplin.
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)
mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu sukan.Hal ini selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insane yang
seimbang dan berdaya saing.Dasar 1Murid 1Sukan ini diharapkan dapat
mengurangkan bilangan murid yang kurang aktif di dalam sukan.Selain itu dasar
ini dapat mengasah dan mencungkil bakat dan potensi sukan pada masa akan
datang.
Hal ini kerana dengan mengoptimumkan
keupayaan fizikal murid akan mampu melahirkan insan yang cerdas dan produktif
kearah memberi sumbangan kepada
kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai
aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan
gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan
Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat
membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.
Dasar 1Murid 1 sukan
adalah kearah merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar dapat
menyumbang kepada penglibatan murid secara aktif dalam sukan di sekolah.Selain
itu,program sukan berpasukan ini dapat membangunkan program sukan kepada
murid-murid di sekolah sekurang-kurangnya satu sukan . Pelbagai aktiviti sukan
telah diperkenalkan di sekolah sama ada secara individu atau berpasukan.Antara
contoh sukan berpasukan yang diperkenalkan adalah seperti bola sepak ,bola
jaring ,bola baling,hoki,sepak takraw ,dan sebagainya.Selain daripada mampu
menjadikan mereka sihat dari segi fizikal sukan berpasukan ini juga mampu
menwujudkan masyarakat yang bersepadu dan bertoleransi semasa menjalani
aktiviti bersukan ini.
2.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BOLA JARING
Sukan Berpasukan bola jarring ini sangat
popular di kalangan murid-murid perempuan. Permainan bola jaring ini adalah
terhasil daripada permainan bola keranjang.Sukan bola jaring ini diperkenalkan
di Amerika Syaraikat oleh Dr.James
Naismith pada tahun 1891.Beliau merupakan seorang yang berbangsa Kanada dan
berperenan mencipta sukan dalaman untuk penuntut Bahagian Latihan Fizikal di
kolej tersebut.Pada peringkat awal diperkenalkan bola jarring menggunakan
keranjang sebagai bakul sebelum digantikan dengan gelang dan jaring. Bola
jaring merupakan hasil pengubahsuaian daripada bola keranjang yang amat popular
pada awal 1900-an.Ia berasal di Amerika Syarikat dan dikenali sebagai
"bola keranjang wanita". Sukan ini dicipta oleh Clara Gregory Baer.
Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia dan Afrika. Pada tahun 1926, tertubuhlah
Persatuan Bola Jaring Wanita Seluruh England (All England Women’s
Netball Association). Perlawanan antarabangsa yang pertama telah diadakan
di antara England dan Scotland pada tahun 1938).
Perkembangan
pesat untuk permainan bola jaring berlaku selepas Perang Dunia Kedua. Pada
tahun 1960 wakil-wakil negara komenwel telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah
persatuan khusus untuk bola jaring dunia. Dengan itu tertubuhlah The
International Federation of Netball Association. Pertubuhan ini berperanan
untuk menyelaraskan peraturan dan undang-undang permainan bola jaringPada awal
bola jaring diperkenalkan ianya dikenali sebagai bola keranjang wanita. Pada tahun 1895 ,Dr
Tales telah membawa bola jarring ke England.Pada tahun 1985 bola jarring ini
terus berkembang ke Negara –negara ASEAN sehingga tertubuhnya Persekutuan
Persatuan Bola Jaring Asia (AFNA) yang telah ditubuhkan oleh ahli-ahli
persatuan dari Malaysia,Singapura,India,Sri Lanka,Hong Kong ,Pakistan dan
beberapa buah Negara lagi.
Sejarah bola jaring di Malaysia pula
bermula apabila ia popular dikalangan sekolah mubaligh Kristian. Guru-guru
Inggeris khususnya di banda amat gemar bermain bola jaring. Persatuan Bola
Jaring Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978. Penubuhan PBJM telah dirasmikan
oleh Almarhumah Ke Bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang.Pada awal penubuhannya
dianggotai Persatuan ini telah mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan
antarabangsa sepertu Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia. Majlis Olimpik
Malaysia telah mempelawa Persatuan Bola Jaring Malaysia untuk menganjurkan
pertandingan bola jaring di sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur. Persatuan Bola
Jaring Malaysia juga terlibat dalam Sukan Komenwel yang diadakan di Malaysia
pada tahun 1998.
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
(MSSM) juga telah diwujudkan bagi meningkatkan permainan bola jaring di
peringkat sekolah.MSSM telah dipertanggungjawabkan untuk mengembangkan dan
meningkatkan permainan bola jaring di sekolah-sekolah Malaysia.

Rajah 1.0 : Logo Persatuan Bola Jaring
Malaysia
Dengan perenan yang dimainkan oleh
MSSM,permainan bola jaring telah berjaya menjadi satu permainan yang mampu
meningkatkan perpaduan dalam kalangan murid-muris sekolah.Justeru itu,
pertandingan bola jaring ini dijalankan bagi mencungkil bakat-bakat baharu
dalam kalangan murid-murid sekolah ini agar dapat mencari bakat yang mampu
untuk digilap dan seterusnya dapat mewakili sekolah dan mengharumkan nama
Negara di persada antarabangsa. Di Malaysia kejohanan bola jarring telah
dijalankan di peringkat sekolah,daerah,negeri sehingga ke peringkat kebangsaan.
3.0 EMPAT KEMAHIRAN-KEMAHIRAN
ASAS DALAM PERMAINAN
BOLA JARING.
Dalam
permaianan sukan,sesorang itu perlu mengetahui dan menguasai kemahiran asas
sesuatu permainan.Dalam permainan bola jaring ,seseorang pemain bola jaring itu perlu mengetahui dan mempunyai
kemahiran dalam kemahiran asas sukan bola jaring. Kemahiran sukan ini penting bagi meningkatkan permainan dari semasa ke
semasa .
Di
sekolah seorang guru ,memainkan perenan yang penting sebagai jurulatih.Oleh itu
guru perlu memainkan perenan yang penting bagi memperkenalkan murid dengan
kemahiran-kemahiran asas bola jaring.Di dalam sukan bola jaring terdapat lima
kemahiran asas yang utama iaitu gerak kaki,hantaran,menghadang,menjaring dan
menjaga gol.Oleh itu untuk menguasai permaianan bola jaring ini guru perlulah
memberi teknik dan pendedahan yang sewajarnya tentang kemahiran asas permaianan
bola jaring kepada murid-murid.

3.1 Gerak Kaki
Dalam
permainan bola jaring ,pergerakan kaki sesorang sangat penting.Setiap pemain
perlu mahir dengan pergerakan kaki masing-masing.Seseorang pemain perlu
mempunyai kemahiran pergerakan kaki dalam jarak dan situasi yang
berbeza.Seseorang pemain perlu tangkas dalam menukar haluan kaki secara serta
merta. Bagi meningkatkan kemahiran gerakan kaki ini seseorang jurulatih perlu
menerangkan dan menyediakan aktiviti ansur maju yang sesuai supaya murid mampu
meningkatkan kemahiran gerakan kaki ini.Terdapat bebarapa peringkat yang boleh
digunakan dalam permaianan bola jaring.Kemahiran gerakan kaki ini mempunyai
peringkat antaranya ialah semasa menerima bola,melompat atau melonjak semasa
menerima bola atau menghantar bola.Begitu juga semasa menjaringkan
bola.Terdapat empat peringkat gerakan
kaki yang boleh membantu pemain melakukan pergerakan selanjutnya dalam
permainan bola jaring ini .Antaranya ialah imbangan badan,corak
langkahan,lonjakan ,pendaratan,menukar arah,larian pecut dan membuat putaran.
3.1.1 Imbangan Badan
Imbangan
badan semasa permainan bola jaring amat penting kerana ianya akan mempengaruhi
gerakan kaki.Gerakan kaki yang baik perlu mempunyai kemahiran dalam imbangan
bandan .Untuk mengimbangkan badan, pemain perlu mengimbangkan bebola kaki,lutut
serta pergelangan kaki,sambil kaki dibuka seluas bahu dan bersedia untuk
bergerak ke mana-mana arah.Apabila pemain mencapai keseimbangan badan semasa
permainan ,pemain dapat mengelakkan langkah gerakan kaki.Pemain hendaklah
melontarkan bola sebelum kaki yang mula mendarat tadi memijak lantai semula.
Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat
pada sebelah kaki, melompat dari kaki yang sama ke kaki yang satu lagi dan
melompat semula sebelum melepaskan bola. Ini akan memberinya peluang untuk
mengimbangkan diri dan bergerak jauh di samping memberi kekuatan kepada
lontaran bola yang seterusnya.
Panjang langkah
seseorang pemain semasa bergerak untuk menerimahantaran, atau balingan, adalah
penting. Sebarang langkah yang terlalu panjangatau terlalu pendek akan mengganggu
agerak kaki keseluruhannya. Dengan membuat langkahan yang tidak teratur boleh
menjejaskan keseimbangan badan juga. Untuk mendapatkan bola, pemain harus
melonpat, terutamanya jika pemain lawan tinggi-tinggi.
Gambar rajah di bawah
menunjukkan beberapa kemahiran asas gerakan kaki yang sering digunakan semasa
pemain beraksi.

Rajah
2: Peringkat Kemahiran Asas Gerakan Kaki Permainan Bola Jaring
3.1.2 Corak Langkahan
Corak
langkahan adalah penting dalam mengawal gerakan kaki semasa permainan bola
jaring.Setiap langkah yang dilakukan sama ada langkah yang panjang atau pendek
ianya akan mempengaruhi keseimbangan badan.Corak langkahan kaki akan
menghasilkan teknik pemainan seseorang pemain bola jaring tersebut.Sebagai
contoh ialah pergerakan yang perlu dilakukan untuk menghasilkan lopatan dalam
permainan tersebut.Panjang langkah seseorang pemain semasa bergerak untuk
menerima hantaran, atau balingan adalah penting. Bagi membuat lompatan, pemain
akan mempercepatkan lariannya serta memendekkan langkah bagi memastikan berat
badan tertumpu kepada bahagian belakang tumit yang kemudian akan melompat.
Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit dan diikuti dengan satu tolakan kuat
daripada gelanggang oleh keseluruhan badan, terutamanya kepala, yang dibantu oleh
ayunan tangan untuk menghulur tangan menyambut bola.
3.1.3 Lonjakan
Dalam permainan bola jaring ,pemain
perlu mahir membuat gerakan untuk
melonjakkan badan ke udara atau ke atas bagi mendapatkan bola yang dalam
keadaan yang tinggi ke udara.Pemain perlu menolak badan mereka ke udara atau ke
arah bola yang lebih tinggi daripada saiz pemain.Hal ini memerlukan teknik
gerakan kaki yang baik agar ianya mampu melonjakkan badan pemain ke
udara.Pemain perlu mahir untuk menentukan kaki yang akan digunakan untuk
membuat lonjakan.Pada masa yang sama pemain perlu mahir untuk membuat gerakan
kaki yang betul bagi mengekalkan keseimbangan semasa pendaratan dan mengawal
badan supaya tidak terjatuh.

Rajah 3 :Gerakan Kaki
3.1.4 Pendaratan
Pendaratan yang baik adalah tertumpu
kepada cara lompatan untuk mendarat. Seseorang pemain yang mampu melakukan
lonjakan atau lompatan yang baik mudah membuat pendaratan tanpa sebarang
masalah. Lompatan akan dihasilkan apabila berat badan tertumpu ke arah kaki yang mendarat dan kaki juga pantas
mengubah kedudukan. Bagi menghasilkan pendaratan yang baik adalah dengan cara membengkokkan lutut,iaitu sebaik sahaja kaki
mencecah tanah. Hal ini akan mengelakkan daripada melakukan pendaratan yang
tidak sempurna.
3.1.5.
Larian Pecut
Teknik gerakan kaki bagi menukar arah
dari setempat ke setempat tanpa boleh diketahui oleh pemain lawan adalah
penting.Oleh yang demikian pemain semasa membuat perubahan arah ini, pemain perlu
memastikan beratnya terletak pada kaki yang akan mencengkam gelanggang yang
dapat menahan momentum ke depan. Pemain kemudian akan melakukan tolakan yang
agak kuat dengan kakikanan ke arah pergerakan baru dengan menukarkan berat
badan ke sisi kaki kanan itu.
Sebagai pemain yang cekap , larian pecut
yang pendek sering digunakan oleh pemain ketika beraksi. Untuk melakukan larian
pecut pemain perlu memastikan berat badan ke atas bebola kaki. Badan hendaklah dibongkokkan
sedikit dan berada pada kedudukan bersedia
untuk melakukan tolakan kuat ke arah yang dikehendaki. Pemain hendaklah berada
dalam kedudukan yang lebih bersedia untuk melakukan sebarang bentuk pergerakan
jika dia berlari dengan langkah yang pendek serta berat badannya pada kaki,
sementara lutut dibengkokkan .
3.1.6.
Menukar Arah
Pemain yang bijak akan berusaha menukar
arah dari semasa ke semasa,seboleh-bolehnya tanpa dapat dibaca atau diagak oleh
lawan. Semasa membuatperubahan arah ini, pemain hendaklah memastikan beratnya
terletak pada kakiyang akan mencengkam gelanggang yang dapat menahan momentum
kedepan. Pemain kemudian akan melakukan tolakan yang agak kuat dengan kakikanan
ke arah pergerakan baru dengan menukarkan berat badan ke sisi kaki kanan itu.
3.1.7
Membuat Putaran
Putaran badan adalah satu posisi
seseorang pemain ingin memusing badan bagi tujuan untuk menghantar bola. Semasa
membuat putaran, kedudukan bebola kaki tetap terus berada di atas tanah. Manakala
kedudukan satu lagi kaki adalah
digunakan untuk menggerakkan badan dengan tolakan yang pendek serta mengarah
kedudukan yang dikehendak oleh pemain.
Dalam pergerakan kaki pemain –pemain
perlu sentiasa memastikan gerakan kaki berada dalam posisi yang betul bagi
mengelakkan kecederaan dan juga untk mengurangkan pembatalan bola dan berpindah
kepada pihak lawan.Oleh itu setiap pemain berlu mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam proses mengawal gerakan kaki semasa bola ada di tangan mereka.
3.2 HANTARAN
Hantaran adalah satu kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh sesorang pemain bola jaring.Cara penghantaran bola
bergantung kepada jarak antara pemain ,kedudukan penghalang dan juga kecekapan
pemain itu sendiri.Pemain bola menghantar bola dengan pelbagai cara seperti
menggunakan sebelah tangan atau dua belah tangan.Hantaran boleh dilakukan sama
ada secara menolak,melontar,meleret atau melalui aras kepala.Di dalam permainan
bola jaring terdapat beberapa jenis teknik hantaran yang biasa digunakan oleh
pemain antaranya hantaran aras dada, kepala, lantun, sisi dan sebagainya.Pemain
boleh menggunakan pelbagai cara yang bersesuaian dengan situasi pihak lawan.
3.2.1
HANTARAN ARAS DADA
Kemahiran asas hantaran aras dada adalah
sangat penting dikuasai oleh sesorang pemain bola jaring.Hal ini kerana
hantaran ini adalah mempunyai banyak kelebihan bagi mengatasi pihak lawan.
Hantaran aras dada ini hendaklah menggunakan lontaran dari aras dada dengan
cara menolak dan terus menuju kepada sasaran. Hantaran aras dada ini juga
merupakan satu hantaran yang kuat, cepat dan pantas kerana pemain perlu
menghantar bola sesuai dengan jarak di antara penerima. Hantaran ini memerlukan
pergerakan yang pantas .
Terdapat beberapa kebaikan yang
diperolehi jika seseorang pemain ini menggunakan teknik hantara ini antara
ialah:
Ø Hantaran
bola lebih tepat dan cepat
Ø Merancang
strategi permainan dengan baik.
Ø Mengawal
bola daripada diambil oleh pihak lawan.
Ø Mengimbangi
badan semasa hantaran bola.
Manakala antara kelemahan hantaran aras
dada adalah seperti berikut:
Ø Merugikan
masa, kerana teknik ini biasanya dilakukan pada kedudukan jarak yang dekat
antara pemain.
Ø Menggunakan
daya dan tenaga yang kuat
Ø Hantara
tidak dapat dihantar dengan tepat pada sasaran jika jarak yang jauh sedikit.
Ø Risiko
kecederaan pada pergelangan tangan kerana hantarannya agak kuat.
Ø Mudah
dapat dibaca oleh pasukan lawan jika kurang mempunyai koordinasi mata dan tangan
.
Gambar rajah di bawah adalah menunjukkan
corak hantaran yang digunakan oleh pemain dalam teknik hantaran aras dada.

Rajah 4: Hantaran Aras Dada
3.2.2 HANTARAN ARAS BAHU
Hantara
aras bahu ini biasanya digunakan untuk hantaran jarak jauh dan juga boleh
mengelitukan lawan.Pemain yang dalam keadaan sedia akan terus
menghantar,menjaring atau memusingkan arah untuk membuat hantaran .Hantara ini
dilakukan dengan bukaan kaki seluas bahu dan semasa membuat balingan.Tangan
pemain akan diayunkan ke belakang dan akan menolak menggunakan pergelangan
tangan.Pada masa pergerakan ini juga akan mengubah kedudukan berat badan dari
kaki belakang ke kaki hadapan.Antara kelebihan dengan menggunakan teknik ini
ialah
Ø
Balingan sisi dapat
mengelirukan musuh
Ø
Dapat membaling secara
pantas
Ø
Menyukarkan pihak lawan
untuk menagkap bola
Namun begitu terdapat juga kekurangan dalam teknik
permainan ini seperti:
Ø
Balingan yang dibuat kurang tepat.
Ø
Penerima sukar mendapat
bola
Ø
Mudah berlaku
kecederaan seperti pinggang.
Contoh hantaran aras bahu adalah seperti gambar
rajah di bawah :

Rajah 4: Hantaran Aras
Bahu
3.2.3
Hantaran
Atas Kepala
Hantaran yang dilakukan melepasi kepala pemain
yang membuat hantaran. Ia sesuai dilakukan untuk hantaran jarak jauh dan tinggi kepada rakan. Teknik
penghantaran bola adalah dengan cara meletakkan bola di tapak tangan .
Kemudian, tangan yang akan membuat hantaran ditarik dan meninggi ke belakang
dan tangan dibengkokkan ke siku. Salah satu kaki diletakkan ke hadapan. Semasa
hantaran dilepaskan bebanan berat badan perlulah dipindahkan ke kaki yang satu
lagi bagi mengikut lajakkan. Antara kelebihan hantaran ini ialah mempunyai
potensi untuk memudahkan pemain menghantar bola dalam jarak yang jauh dan kuat
dan kekurangannya pula adalah mudah diambil alih olep pihak lawan .
Contoh
hantara aras kepala adalah seperti rajah di bawah:

Rajah 5 :Hantaran
Aras Kepala
3.2.4
HANTARAN LOP
Gambarajah
di bawah adalah contoh hantaran lop yang biasa digunakan oleh pemain untuk
menghantar bola ke pada rakan pemain.Hantaran lop ini sesuai dngan menggunakan
satu tangan yang tinggi dan pandai mengawal keadaan jari agar mencapai
sasaran.Hantaran dimulakan pada kedudukan bola pada aras bahu dan siku dibengkokkan dan tangan balingan di bawah bola. Tangan balingan
sepatutnya menjangkau dalam satu garisan lurus ke atas, di mana anda akan
melepaskan bola pada jangkauan penuh bagi mendapatkan layangan yang maksimum.
Bola dilontar dalam bentuk lengkungan bagi melepasi jangkaun pemain lawan.
Kemudian ikut lajak dengan pergelangan tangan dan jari-jari. Kepentingan teknik
hantaran ini ialah:
Ø Menghantar
bola dari jarak dekat dan jauh.
Ø Menghantar
bola pada aras tinggi untuk mengelakkan daripada pihak lawan.
Ø Menghantar
bola pada keadaan musuh berada berhampiran dengan penerima.

Rajah 5: Hantaran Lop
3.2.5 HANTARAN LANTUN
Hantaran
lantunan ini biasanya dilakukan apabila keadaan ramai pemain berkumpul di dalam
gelanggan terutama di kawasan
jaringn.Biasanya hantaran yang dilakukan adalah hantaran rendah. Ianya boleh
dilakukan dengan menggunakan satu atau dua tangan. Biasanya pemain akan
menghantarkan hantara lantun ke hadapan dan kedudukan tangan adalah bahagian
atas bola. Untuk hantaran lantunan ke sisi, letakkan ibu jari di bahagian
belakang bolasehingga ia hampir bertemu di tengah-tengah bola. menggunakan
kedua belah tangan agar balingan bola mejadi lebih stabil, cepat dan tepat.
Teknik hantaran ini mudah sahaja, bawa bola ke arah dada sambil kaki dibuka
seluas bahu. Kemudian, pemain melangkah setapak ke hadapan, lalu menolak bola
ke lantai agar bola dilantun ¾ ke arah rakan untuk disambut. Sekiranya anda
ingin menggunakan sebelah tangan, gerakannya sama seperti hantaran bahu, tetapi
pemain hendaklah merendahkan badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut.
Tujuannya adalah untuk menghantar bola ke bawah atau ke sebelah/sisi lawan.
Gambarajah menunjukkan teknik
hantaran lantunan.

Gambar Rajah 6: Hantaran Lantunan
Terdapat
beberapa teknik hantaran yang boleh digunakan oleh pemain bola jaring. Selain
itu terdapat beberapa lagi kemahiran asas lain yang perlu dikuasai oleh
seseorang pemain.Kemahiran menghadang adalah kemahiran asas yang penting dalam
permainan bola jaring ini.
3.3 MENGHADANG
Kemahiran
asas yang utama juga ialah menghadang.Menghadang ialah satu posisi apabila
menyerang, pemain pasukan lawan perlulah perlulah menghadaang untuk mengatasi pasukan lawannya. Setiap pemain
mesti bergerak untuk mencari ruang kosong bagi menerima hantaran. Pemain akan
cuba untuk mencari ruang kosong untuk melepaskan diri daripada kawalan pasukan lawan dengan
mengelak, melompat atau menukar haluan semasa berlari. Manakala, sewaktu
bertahan, pemain hendaklah menghalang pasukan lawan daripada membuat hantaran
atau jaringan. Bagi pemain yang membuat pertahanan ,kita hendaklah bijak untuk
mengawal lawan kita masing-masing yang akan sentiasa untuk merampas
bola.Biasanya kawalan dilakukan secara satu lawan satu.
Kemahiran asas menghadang ini juga
penting semasa di kawasan gol.Penjaring gol serta pengadang golakan memainkan
peranan yang penting dalam menghalang jaringan gol pihak lawan. Mereka perlu
membuat halangan di dalam kawasan jaringan iaitu di dalam kawasan D. Jarak halangan seseorang pemain itu adalah sebanyak 3
kaki agar tidak terlalu hampir dengan pihak lawan. Hal ini kerana sekiranya
anda terlalu hampir dengan pihak lawan, anda telah melakukan kesalahan halangan
dekat dan sekaligus memberikan peluang kepada lawan.

Rajah 4: Teknik menghadang
3.4. MENJARINGKAN GOL
Menjaringkan
gol adalah satu kemahiran asas yang penting dalam permainan bola jaring.Setiap
pemain bola jaring perlu mahir dalam membuat jaringan.Biasanya terdapat dua
orang pemain sahaja yang akan ditugaskan bagi menjaringkan gol iaitu GA dan
GS.Hal ini kerana jika berlaku hal yang tidak dingini seperti kecederaan pemain
yang lain akan mengantikkannya.
Setiap pemain berpotensi untuk
menjaringkan gol.Oleh itu kemahiran menjaringkan gol ini perlu dikuasai oleh
sesorang pemain.Pemain boleh membuat percubaan bagi menjaringkan gol di mana-mana
tempat di dalam bulatan jaringan.Pemain perlu tahu cara menangkap bola
,kedudukan penjaring dalam bulatan jaringan dan ketinggian penghadang. Antara
kemahiran membuat jaringan adalah memerlukan ketetapan pada sasaran dan pada
gelang jaring. Penjaring yang baik perlu pantas,cekap dan berhati-hati.Penjaring
perlulah pantas berlari atau melompat serta cekap menangkap bola yang telah
dihantar. Biasanya kawasan jaringan hanya dimasuki oleh pemain-pemain GS,GA,GK
dan GD. Tetapi hanya GS dan GA yang akan membuat jaringan,sementara GK dan GD
dari pihak lawan akan menghadang GS dan GA.
Jaringan akan dikira apabila bola telah
memasuki lilitan jaringan.Terdapat beberapa cara jaringan yang boleh dilakukan.
Jaringan statik sebelah tangan, jaringan sambil melompat dan jaringan sambil
berlari (1½ langkah) adalah antara jaringan yang sentiasa dilakukan oleh
seorang penjaring.Untuk menghasilkan jaringan yang baik teknik menjaring pada
asasnya memerlukan penjaring berdiri stabil dengan kaki dominan di hadapan.
Kemudian, letakkan bola di atas bebola tapak tangan dan buka jemari. Bola
diangkat tinggi dari aras kepala dengan ditampung sebelah tangan lagi dan bawa
ke hadapan sedikit. Manakala badan direndahkan serta lutut dan siku
dibengkokkan. Akhir sekali bola dilepaskan dari tangan dengan pergelangan
tangan ke arah sasaran.Sekiranya penjaring terlalu hampir atau jauh dari tiang
gol, penjaring boleh membuat satu langkah ke belakang atau ke hadapan dengan
syarat kaki hanya satu kaki yang menyentuh gelanggang.
Menjaring sambil melepaskan
bola sambil melompat juga salah satu kemahiran asas menjaring .Kemahiran
menjaring cara ini perlulah pantas dan seorang yang mahir.Kelebihan menjaring
ini akan menyukarkan pihal lawan untuk menghalang semasa jaringan di buat.

Rajah 7: Jaringan Bola
Oleh
itu sebagai pemain bola jaring perlulah mengetahui dan menguasai kemahiran asas
bola jaring tersebut.Hal ini adalah penting untuk mengawal dan bermain dengan
baik.Kemahiran-kemahiran asas ini perlu dipelajari dan diterokai dalam satu
jangkamasa tertentu.Oleh itu bimbingan dan panduan daripada guru adalah amat
penting agar kemahiran –kemahiran asas ini perlu dikuasai oleh pemain tersebut.Guru
perlu menyediakan satu modul bagi memudahkan melaksanakan kemahiran asas ini.
4.0 PROSEDUR/ANSUR MAJU
LATIHAN KEMAHIRAN ASAS YANG DICADANGKAN.
Ansur
maju latihan kemahiran asas adalah merupakan salah satu daripada
prinsip-prinsip latihan yang perlu dipatuhi oleh juru latih .Prinsip-prinsip
ini penting agar latihan yang dijalankan berkesan.Latihan ansur maju hendaklah
melakukan latihan secara progresif. Ia merujuk kepada kesukaran latihan yang
beransur-ansur.Kadar latihan yang dijalankan adalah berdasarkan keupayaan
individu masing-masing. Hal ini kerana setiap individu berbeza maka peningkatan
intensity latihan hendaklah bersesuaian dengan individu.Ini dilakukan secara
beransur-ansur mengikut kesesuaian pencapaian fizikal seseorang atlit.
Jadual di bawah adalah prosedur ansur
maju bagi kemahiran asas bola jaring iaitu hantaran aras kepala atau
Lop.Hantaran lop atau hantaran aras kepala adalah kemahiran asas yang penting
dalam permainan bola jaring.Masa yang diperuntukan dalam aktiviti ansur maju
ini selama satu jam permainan.
JADUAL
PROSEDUR/ANSUR MAJU LATIHAN KEMAHIRAN ASAS YANG DICADANGKAN.
KEMAHIRAN /
MASA
|
AKTIVITI/
ANSUR MAJU
|
FOKUS PEMBELAJARAN
|
PENGELOLAAN/
STRATEGI P&P
|
CATATAN
|
||||
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)
PERMULAAN
(5MINIT)
|
1.Memanaskan Badan
ü Permainan
sentuh lutut
|
ü Guru
membahagikan murid kepada lima kumpulan yang terdiri daripada enam orang.
ü Murid
secara berpasangan dikehendaki untuk menyentuh lutut kawan dan pihak satu
lagi akan berusaha untuk mengelakkan lututnya disentuh oleh kawannya.
|
Petunjuk:
-Guru
X
- Murid
|
|
KEMAHIRAN /
MASA
|
AKTIVITI/
ANSUR MAJU
|
FOKUS PEMBELAJARAN
|
PENGELOLAAN/
STRATEGI P&P
|
CATATAN
|
||||||||||||||
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)
(5 MINIT)
|
2. Senaman Regangan
3. Guru memperkenalkan tajuk yang
berkaitan hantaran Lop
|
ü Murid
dalam kumpulan membentuk kumpulan separuh bulatan.
ü Murid
melakukan aktiviti memanaskan badan secara bersama-sama.
ü Murid
membuat lompatan sambil mengangkat tanggan ke atas.
ü Hantaran
lop atau hantaran atas kepala sesuai untuk hantaran jarak jauh.
|
ü Guru
membimbing murid melakukan aktiviti memanaskan badan dan juga senaman
regangan bersama-sama.
|
Alatan
Wisel
|
||||||||||||||
KEMAHIRAN /
MASA
|
AKTIVITI/
ANSUR MAJU
|
FOKUS PEMBELAJARAN
|
PENGELOLAAN/
STRATEGI P&P
|
CATATAN
|
||||||||||||||
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)
LANGKAH 1
(10 MINIT)
|
1.Hantaran bola atas
kepala tanpa bola.
|
DEMONTRASI
GURU:
ü Murid
mesti berada di dalam keadaan sedia.
ü Murid
dikehendaki membuka kaki seluas bahu dan bayangkan murid memegang bola.
ü Temukan
ibu jari kanan kepada jari kiri dengan
tapak tangan menghala ke depan.
ü Murid
akan mengangkat tangan atas kepala dan kemudian tarik tangan ke belakang dan
tolak ke depan.
ü Kaki
di bawa ke depan dan ke belakang.
|
Petunjuk:
-Guru
![]()
ü Murid
akan berbaris di sisi skital masing-masing.
ü Guru
akan menunjukkan cara membuat hantaran atas kepala(Lop)
|
Alatan
Wisel
Bola
skital
|
KEMAHIRAN /
MASA
|
AKTIVITI/
ANSUR MAJU
|
FOKUS PEMBELAJARAN
|
PENGELOLAAN/
STRATEGI P&P
|
CATATAN
|
||||
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)
LANGKAH 2
(10 MINIT)
|
1.Hantaran bola atas
Kepala (Lop) secara
berpasangan
|
Aktiviti
Murid
ü Murid
dibahagikan secara berpasangan.
ü Murid
dikehendaki membuat hantaran di bahagian atas kepala(lop) dengan menggunakan
bola.
ü Guru
akan menggunakan wisel untuk memberi arahan kepada murid.Wisel pertama
dibunyikan murid yang memegang bola akan membuat hantaran.Wisel kedua dan seterusnya.
ü Bagi
murid yang telah mahir mereka dapat mengubah jarak kedudukan yang semakin
jauh.
|
Petunjuk:
-Guru
![]()
X
-
Murid
ü Murid
akan berbaris dalam pasangan masing-masing.
ü Murid
akan bergilir-gilir membuat hantaran atas kepala(Lop)
|
Alatan
Wisel
Bola Lembut/Pundi kacang
Skital
Jarak 5Meter
|
KEMAHIRAN /
MASA
|
AKTIVITI/
ANSUR MAJU
|
FOKUS PEMBELAJARAN
|
PENGELOLAAN/
STRATEGI P&P
|
CATATAN
|
||||||||||||||||||||||
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)
LANGKAH 3
(15 MINIT)
|
1.Aktiviti berkumpulan.
|
Aktiviti
Murid
ü Murid
dibahagikan dalam dua kumpulan.
ü Murid
mendengar penerangan dan melihat tunjuk cara oleh guru tentang teknik hantaran lop .
ü Murid
membuat hantara lop bersama-sama dalam kumpulan.
ü Bagi
murid yang lemah di beri latih tubi oleh guru.
ü Murid
kumpulan A akan membuat hantaran kepada kumpulan B dan seterusnya
bertukar-tukar tempat.
|
Petunjuk:
-Guru
![]()
X
-
Murid
ü Murid
akan berbaris dalam kumpulan masing-masing.
ü Murid
akan bergilir-gilir membuat hantaran atas kepala(Lop)
|
Alatan
Wisel
Bola Jaring
Skital
|
||||||||||||||||||||||
KEMAHIRAN /
MASA
|
AKTIVITI/
ANSUR MAJU
|
FOKUS PEMBELAJARAN
|
PENGELOLAAN/
STRATEGI P&P
|
CATATAN
|
||||||||||||||||||||||
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)
LANGKAH 5
(15 MINIT)
|
1.Permainan Kecil
(Upin Ipin dan Monyet-monyet )
|
Aktiviti
Murid
ü Murid
dibahagikan dalam dua kumpulan.
ü Dalam
kumpulan murid akan melantik seorang ketua kumpulan untuk mengundi .
ü Kumpulan
yang menang akan menjadi Upin Ipin dan kumpulan yang kalah akan menjadi
monyet-monyet.
ü Guru
akan memberi bola tiga biji bola sebagai pisang kepada kumpulan upin ipin.
ü Kumpulan
upin ipin akan membaling /menghantar bola kepada rakan-rakan yang lain dan
kumpulan monyet-monyet akan cuba menangkapnya.
|
![]() ![]()
Petunjuk:
-Guru
![]() ![]()
- Murid/upinipin
![]() |
Alatan
Wisel
Bola jaring
Skital
|
||||||||||||||||||||||
KEMAHIRAN /
MASA
|
AKTIVITI/
ANSUR MAJU
|
FOKUS PEMBELAJARAN
|
PENGELOLAAN/
STRATEGI P&P
|
CATATAN
|
||||||||||||||||||||||
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)
|
|
ü Guru
akan memberi peraturan kepada murid-murid.
ü Hanya
hantaran lop sahaja yang dibenarkan.
ü Bagi
memulakan permainan guru akan meniup wisel dan mengira bola yang berjaya
ditangkap .
ü Guru
akan membunyikan wisel untuk menukar pemain.
ü Pemenang
akan dikira berdasarkan bilangan bola yang berjaya ditangkap paling banyak
ditangkap.
|
ü 1
kumpulan murid akan membuat bulatan dan 1 kumpulan akan menjadi monyet-monyet
untuk menangkap bola.
|
|
KEMAHIRAN
/
MASA
|
AKTIVITI/
ANSUR
MAJU
|
FOKUS
PEMBELAJARAN
|
PENGELOLAAN/
STRATEGI
P&P
|
CATATAN
|
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)
PENUTUP
(5 MINIT)
|
1.Menyejukkan badan (cooling down)
|
ü Guru
akan meminta murid berlari secara rawak dalam kawasan yang ditetapkan.
ü Apabila
wisel ditiup murid akan berhenti untuk membuat regangan .
ü Rengangan
yang dilakukan
-Murid
akan membentuk huruf C.
-seorang
murid mengetuai aktiviti `cooling down`.Dari kepala hingga kaki.
-Aktiviti
tarik nafas dan hembus nafas.(3kali)
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
|
KEMAHIRAN /
MASA
|
AKTIVITI/
ANSUR MAJU
|
FOKUS PEMBELAJARAN
|
PENGELOLAAN/
STRATEGI P&P
|
CATATAN
|
HANTARAN ATAS KEPALA (LOP)
|
2. Rumusan
|
ü Guru
membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.
ü Murid
dalam kumpulan yang ditetapkan menyimpan semula barang ke dalam stor dan murid
yang lain boleh masuk ke kelas.
|
|
|
5.0
BERIKAN JUSTIFIKASI PEMILIHAN LATIHAN
Dalam permainan bola jaring hantaran
adalah sangat penting bagi menetukan bola.Jika pemain dapat menguasai hantaran
yang baik ,secara tidak langsung kumpulan tersebut akan menguasai permainan.Hantaran
yang pelbagai dengan teknik yang pelbagai perlu perlu pengajaran yang
betul.Prinsip-prinsip latihan seperti ansur maju adalah perlu di ajar dengan
baik kepada murid.Hal ini bagi mengelakkan kecederaan yang akan berlaku semasa
bermain. Dalam permainan bola jaring objektif permainan bola jaring adalah
untuk mendapatkan jaringan yang sebanyak mungkin bagi menentukan pemenang.Oleh
itu semua pemain perlulah mempunyai kemahiran dalan setiap aspek kemahiran asas
bola jaring.
Latihan adalah
salah satu proses yang sistemetik yang mempunyai objektif untuk meningkatkan
kecergasan melalui aktiviti fizikal yang terancang.Pemilihan latihan yang yang digunakan adalah ansur maju. Di dalam latihan
kemahiran asas,prinsip latihan ansur maju adalah sangat penting untuk murid
menguasai kemahiran asas bola jaring dengan baik. Prinsip ini berkait rapat
dengan prinsip penambahan beban. Prinsip ansur maju adalah berasaskan kepada
latihan yang perlu dijalankan pada tahap-tahap yang sentiasa meningkat dan
bersesuaian dengan proses penyesuaian badan kepada rangsangan senaman. Anda
harus mencatat beban senaman anda supaya kemajuan-kemajuan tertentu dapat
dicapai.
Terdapat dua bentuk latihan dalam
teori ansur maju iaitu mempelajari pergerakan yang
senang dahulu sebelum melakukan
pergerakan yang susah dan melakukan pergerakan
yang mudah sebelum melakukan
pergerakan yang lebih kompleks.Hal ini akan meningkatkan keyakinan murid untuk
mengikuti aktiviti yang dirancang.Bagi meningkatkan kemajuan dalam latihan
perlu bermula daripada peringkat kesukaran yang beransur. Untuk mencatat
kemajuan dari satu peringkat ke peringkat yang lain, anda perlu
menambah kesukaran latihan secara
beransur-ansur. Oleh kerana badan manusia boleh disesuaikan dengan tekanan atau
beban kerja yang baru, jumlah kerja tersebut hendaklah ditambah dari semasa ke
semasa. Misalnya jika anda memulakan latihan dengan berlarisatu kilometer
sehari dalam masa lapan minit, anda mungkin berasa bahawa latihantersebut
merupakan satu bebanan pada mulanya. Dengan latihan yang kerap anda pastidapat
meningkatkan kadar kardiovaskular dalam tempoh beberapa minggu berikutnya.
Tetapi sekiranya anda terus melakukan latihan pada tahap yang sama maka anda
tidak dapat meningkatkan tahap kecergasan anda

Latihan harus dijalankan dalam
tahap-tahap yang sentiasa meningkat sesuai dengan proses pengubah suaian tubuh
kepada rangsangan latihan. Anda perlu mencatatkan beban latihan supaya kemajuan
tertentu dapat dikesan.
Tanda-tanda anda mengalami kesan
hasil latihan yang terlalu membebankan :
• Sakit dibahagian dada
• Pening kepala
• Rasa hendak muntah
• Kesukaran bernafas
• Keletihan yang keterlaluan
• Kesakitan pada sendi-sendi
• Keperitan atau kesakitan otot
yang berlanjutan
Diharapkan dengan menggunakan
prisip latihan ansur maju ini mampu mengelakkan kecederaan dan juga
meningkatkan semangat untuk murid terus menguasai kemahiran asas.
6.0 PERALATAN
Peralatan penting dalam permainan
bola jaring .Di bawah ini diterangkan secara ringkas tentang alat –alat bagi
permainan bola jaring.
5.1
Bola
Bola yang diperlukan ialah bola
khas untuk bola jaring. Bola tersebut mempunyai saiz 5,berdiameter 99-102 cm
dan beratnya 6.35-7.26g. Bola ini diperbuat daripada getah atau kulit.


5.2
PAKAIAN DAN BIP
Pemain akan memakai pakaian sukan yang
sesuai.Kebiasaannya pakaian mereka terdiri daripada baju-t, seluar
panjang,stoking, kasut dan bip. Bip dipakai diluar baju-t dan setiap bip
ditulis nama tugas setiap pemain. Nama tugas ini tertera di bahagian depan dan belakang
bip.


5.3
GELANGGANG
Gelanggang adalah merupakan tempat
utama dalam permainan bola jaring.Terdapat dua jenis gelanggang bola jaring
iaitu gelanggang terbuka dan gelanggang tertutup.Gelanggang yang terbuka
biasanya mempunyai kawasan rumput atau
dibuat khas dengan menggunakan simen atau perkey untuk gelanggang
tertutup.Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bolakeranjang,
sepanjang 30.5mdan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi
dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines) . Gelanggang dibahagi
kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak
ditengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap
Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari
50mm.Gelanggang bola jaring boleh dibahagikan kepada 3 kawasan atau petak yang
sama ukuran. Dua buah kawasan merupakan kawasan gol.Kawasan lain ialah centre atau
kawasan tengah. Kawasan tengah ini pula terletaknya bulatan tengah.Di kedua-dua
hujung gelanggang, iaitu di kawasan pertama dan ketiga, terdapat garisan semi-circle
atau separuh bulatan yang merupakan bulatan gol.Kawasan tengah 3 10.14 m2.
UKURAN GELANGGANG BOLA JARING

5.4
TIANG GOL
Kedua-dua belang gelanggang
dipasang tiang gol yang tingginya3.05 m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat
daripada besi. Bulatan besi berjaring yang terletak di bahagian atas tiang
mempunyai diameter 38cm.

7.0
RUMUSAN
Kejayaan atau kegagalan pasukan
semasa bermain bola jaring ini amat bergantung kepada perkembangan dan
penggunaan sistem, taktik dan strategi yang betul.Pemain harus yakin dengan
kebolehan mereka dan mengetahui kelemahan pihak lawan. Ini ialah cabaran
terbesar untuk seorang jurulatih melatih pemain-pemainnya nanti. Sebagai
seorang guru untuk memahirkan pelajar-pelajar bermain permainan ini, guru
perlulah mendalami ilmu dan teknik-teknik permainan bola jarring ini supaya
pengajaran dan pembelajaran permainan bola jaring ini dijalankan
secaraberkesan.Pengajaran menggunakan kaedah pengajaran TGFU juga amat sesuai
bagi permulaan kanak-kanak unuk mengenali sukan dan permainan.
Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar
kepada aktiviti permainan yang berbagai-bagai jenis supaya mereka ini lebih
memahami terhadap organisasi permainan- permainan dan juga mempelajari gerakan
yang tepat bagi aktiviti permainan tertentu. Selain itu, pendidik wajib
menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan- permainan
yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana segala pengetahuan yang dipelajari
pada peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangannya terhadap permainan yang
seterusnya. Dengan kata lain, pendidik perlu membuat persediaan yang secukupi
dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran terutamanya dalam
permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/ dinding dan serangan.
8.0
PERKARA-PERKARA LAIN YANG BERKAITAN DENGAN BOLA JARING
Beberapa strategi permainan perlu
disusun bagi menentukancorak permainan dan strategi menjaring untuk mencapai
kemenangan.Strategi yang digunakan adalah khusus untuk memperdaya pasukanlawan
semasa bertahan, menyerang mahupun semasa membuat jaringan. Pasukan tersebut
akan dapat bermain dengan lebihcemerlang jika strategi mereka tidak dapat
dikesan oleh pasukanlawan, terutamanya semasa membuat hantaran tengah, hantaran
kedalam atau lambungan .
Strategi ini
diperlu ditekankan dengan bersungguh-sungguh supaya pemain dapat memahami serta
mengaplikasikannya dalam permainan yang sebenar. Latihan intensif diperlukan
untuk membiasakan pemain-pemain dengan strategi yang dirancang. Jikatidak,
strategi ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan berkesan.Latihan strategi
seperti ini bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada WD
untuk hantaran pertama sebaiksahaja pengadil meniupkan wisel.WD pula akan cuba
menghantar bola kepada WA yangsedang berada dalam kawasan lawan. WA menghantar
bolakepada GS untuk hantaran ketiga, dan akhir sekali GS membuathantaran
keempat kepada GA yang sudah pun berada dalamkawasan jaringan. Dengan demikian
GA berpeluang membuat jaringan gol.
Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran
boladiperlukan, bermula dengan hantaran tengah dan berakhir dengan hantaran
penjaring gol. Yang penting ialah setiap pemainhendaklah cuba mencari ruang
yang baik agar pemain pasukanlawan tidak dapat menghalangnya. Untuk itu,
pemain-pemainperlu bergerak dengan lebih pantas.Peibagai teknik seperti teknik
merampas bola sekaligus menukar kedudukan daripada posisi bertahan kepada menyerang.
Bertahan bererti mengawal pasukan lawan. Pemain yangberpengalaman akan memilih
bermacam-macam cara untuk membuat pertahanan yang baik, kerana jika pertahanan
lemah atau tidak teratur,pihak lawan dengan mudahnya dapat membolosi barisan
pertahananuntuk membuat serangan.
Kejayaan atau
kegagalan pasukan semasa bermain bola jaring ini amat bergantungkepada
perkembangan dan penggunaan sistem, taktik dan strategi yang betul.Pemain harus
yakin dengan kebolehan mereka dan mengetahui kelemahan pihaklawan. Ini ialah
cabaran terbesar untuk seorang jurulatih melatih pemain-pemainnyananti. Sebagai
seorang bakal guru untuk memahirkan pelajar-pelajar bermainpermainan ini, guru
perlulah mendalami ilmu dan teknik-teknik permainan bola jaringini supaya
pengajaran dan pembelajaran permainan bola jaring ini dijalankan secara berkesan.
RUJUKAN
1.
Aminah Mohd Salleh
(1989), Bola Jaring, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.http://ms.wikipedia
.org/wiki/bolajaring.
2. Fouzee H.A. (1898). Pendekatan
Pengajaran Pendidikan Jasmani; Bola Jaring.Penerbitan Sri Maju Sdn. Bhd.
3. Mohd.Sofian Omar Fauzee
(2006). Drill Bola Jaring. Karisma Publication Sdn.Bhd.
4.
Mohd Salleh Aman (2006)
Asas Pengurusan Sukan ,Kuala
Lumpur:Universiti Melaya.
5.
Rozita Abdul
Latiff.(2006).Drill Bola Jaring Asas,Pertengahan dan Mahir.Shah Alam: Krisma
Publication.