Click here for Myspace Layouts

Rabu, 30 November 2011

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'I'

1. Ibu Angkat
Maksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.
Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun.

2. Ibu Ayam
Maksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.
Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.

3. Ibu Kandung
Maksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.
Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya.

4. Ibu Keladi
Maksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.
Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren.

5. Ibu Pertiwi
Maksud: Tanah tempat kelahiran.
Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai.

6. Ikat Diri = Mengikat Diri
Maksud: Terlalu berat.
Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga saya tidak ada masa untuk bersantai.

7. Ikat Hati = Mengikat Hati
Maksud: Menawan.
Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya.

8. Ikat Janji = Mengikat Janji
Maksud: Membuat perjanjian.
Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup bersama.

9. Ikat Kata = Mengikat Kata
Maksud: Menggubah kata.
Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik lagu yang ditulisnya.

10. Ikat Perut
Maksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.
Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut.

11. Intan Baiduri
Maksud: Orang yang dikasihi.

12. Iri Hati
Maksud: Dengki.
Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.

13. Isi Dada
Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.
Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang terpendam selama ini.

14. Isi Hati
Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

15. Isi Perut
Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

16. Isi Rumah
Maksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.
Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah seorang ahlinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

..::UnTuK RaKaN RaKaN SeMuA::..

..::GuRu OH GuRu::.. Dialah pemberi paling setia, Tiap akar ilmu miliknya, Pelita dan lampu segala, Untuk manusia sebelum menjadi dewasa; Dialah ibu, dialah bapa juga sahabat, Alur kesetiaan mengalirkan nasihat, Pemimpin yang ditauliahkan, Seribu tahun katanya menjadi hikmat; Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa, Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca; Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya, Di sebuah sekolah mewah di ibu kota, Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu, Dia adalah guru mewakili seribu buku, Semakin terpencil hidupnya di ceruk desa, Semakin bererti tugasnya kepada negara; Jadilah apa pun pada akhirnya kehidupanmu, guruku, Budi yang diapungkan di dulang ilmu, Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat, Menjadi kenangan ke akhir hayat